Anak pelakon Zulkifli Ismail kini pensyarah di Korea Selatan

Anak pelakon Zulkifli Ismail kini pensyarah di Korea Selatan

BAGI yang meminati drama “Gerak Khas”, pasti mengenali pelakon hebat, Zulkifli Ismail.

Mungkin ramai tidak tahu sebenarnya Zulkifli mempunyai anak perempuan yang kini bergelar pensyarah di Korea.

Selain memiliki rupa yang cantik dan manis, Dr Zulfati Izazi Zulkifli menjadi berita lantaran kejayaan wanita itu menggenggam Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang linguistik pada usia 29 tahun.

Menerusi laporan SPlus, difahamkan Dr Zulfati Izazi atau mesra disapa Dr Izazi kini sedang meniti pengalaman bertugas sebagai pensyarah di Hankuk University of Foreign Studies.

Berkongsi tentang kerjayanya di Korea, Dr Izazi menjelaskan dia tidak memilih untuk bekerja di negara itu sebaliknya peluang datang tepat pada waktunya.

“Beberapa hari selepas saya lulus viva (penyelidikan lisan yang berkaitan dengan penyelidikan atau tesis) PhD, saya dihubungi oleh bekas penyelia dari sebuah universiti tempatan, tempat yang mana saya pernah bekerja dahulu.

“Mahu dipendekkan cerita, selepas itu, saya dihubungkan dengan beberapa pensyarah lain untuk proses seterusnya pula.
“Tidak lama kemudian, saya terima surat yang menawarkan jawatan pensyarah asing di sini (Korea) dan saya terus menerima tawaran tersebut.

“Memandangkan pada waktu itu saya bakal menamatkan pengajian dan perlu memasuki dunia kerjaya pula, kira aturan itu memang cantik. Alhamdulillah, syukur sangat-sangat,“ kongsinya

Daripada pelbagai bidang, anak sulung Zulkifli ini juga mengakui bidang linguistik menjadi opsyen utama.

“Kalau diikutkan, saya meminati beberapa bidang lain, namun kemudian saya menyedari bahawa minat saya terhadap bahasa telah timbul sejak saya kecil lagi.

“Sesungguhnya, Bahasa Melayu memiliki keunikan dan kelebihan tersendiri,“ akuinya.

Untuk info, Dr Izazi telah pun mendirikan rumah tangga dengan Dr Md Yushalify Misro pada awal tahun ini.

Pasangan ini kemudiannya mengambil satu keputusan besar dengan membuat perhubungan jarak jauh (PJJ).

Suaminya juga merupakan seorang pensyarah matematik di USM dan sedang berkhidmat sebagai penyelidik jemputan di Shizuoka University, Jepun. Gk

Anak pelakon Zulkifli Ismail kini pensyarah di Korea Selatan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


‘Aku Simpati Dengan Dia’ ….Hattan Simpati Dengan Ning Baizura

Hattan Tiada Masalah BBNU ‘Cover’ Lagunya, Bagi ‘Warning’ Awal-awal Tahan Telinga Jika Jahanam [VIDEO]

‘I Love Being Viral’ – Cubaan Jatuhkan Reputasi …Ning Baizura Tak Endah Kecaman [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker