Kenderaan polis iring trak tunda potong di garisan berkembar ada arahan bertugas
Kenderaan polis iring trak tunda potong di garisan berkembar ada arahan bertugas
KOTA BHARU – Polis Kelantan mengesahkan video kejadian sebuah kenderaan pengiring polis mengiringi dua buah trak tunda dan sebuah pikap memotong di garisan berkembar yang tular di media sosial sejak semalam berlaku di Jalan Gua Musang-Kota Bharu di sini baru-baru ini.
Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun menjelaskan, kenderaan pengiring tersebut telah memberi amaran atau peringatan secukupnya dengan membunyikan siren dan lampu kecemasan kepada pengguna jalan raya lain.
Tegasnya, selain itu, berlaku kekeliruan dalam kalangan orang ramai mengenai perkara itu kerana kenderaan tersebut mempunyai pergerakan dan arahan yang sah untuk mengiringi ketiga-tiga kenderaan berkenaan.
“Persoalan orang ramai mengenai video yang tular adalah kereta pengiring itu mengundang bahaya. Sebenarnya, kereta pengiring itu menjalankan tugas mengatur dan mengawal mengikut Seksyen 21 Akta Polis 1967 iaitu tugas di jalan awam.
“Ini bermakna, pengguna jalan raya yang lain perlu memberi kerjasama sama ada memperlahankan kenderaan, memberi laluan kepada kereta pengiring atau berhenti bagi mengelakkan sesuatu berlaku.
“Kenderaan pengiring ada peraturan tersendiri malah mereka tidak boleh sewenang-wenangnya kerana sedang bertugas. Saya tidak menyalahkan sesiapa, namun mungkin ramai yang masih keliru dengan perkara tersebut,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini hari ini.
Mengulas lanjut, menurut Muhamad Zaki, beliau berharap pengguna jalan raya sentiasa memberi kerjasama apabila berdepan dengan kenderaan pengiring polis di jalan raya.
Tambahnya, ini kerana tugas kenderaan pengiring tidak seperti pengguna jalan raya yang lain.
Terdahulu, tular rakaman video dashcam berdurasi 11 saat di media sosial yang memaparkan sebuah kenderaan polis pengiring yang memotong di garisan berkembar sehingga hampir menyebabkan kemalangan.
Menerusi video itu, kenderaan itu sedang mengiringi dua buah trak tunda dan sebuah pikap memasuki lorong bertentangan dalam keadaan laju sehingga menyebabkan kenderaan lain terpaksa mengelak ke tepi jalan.
Insiden itu menyebabkan ramai yang mengecam tindakan bahaya kenderaan pengiring polis yang dilihat membahayakan nyawa pengguna jalan raya yang lain. K Online
Kenderaan polis iring trak tunda potong di garisan berkembar ada arahan bertugas
Baca Artikel Menarik:
- ADUN Tronoh didapati bersalah rogol pembantu rumah
- Baru kenal tak sampai 24 jam kena cekup khalwat
- Wany Hasrita simpan rahsia selama 12 tahun
- Haneesya Hanee cemburu dengan Anna Jobling?
- Pengundi takkan tertipu dengan logo PN baharu, tapi wajah lama – penganalisis
- Bukan tak ada kerja, rakyat Kelantan suka berhijrah – Amar
- Lalu jalan baru diturap, motosikal ‘mangkuk ayun’ tersekat [VIDEO]
- Kertas siasatan pendakwah bebas rogol remaja dirujuk TPR
- Calon PM UMNO yang ditetapkan MKT adalah Ismail Sabri Yaakob
- Kepala lelaki terselamat dengan topi keledar berkualiti walaupun kepalanya digilis tayar bas [VIDEO]
- Suami ceraikan isteri bukan doktor selepas 3 hari berkahwin
- Empat maut ambulans ‘melekat’ di plaza tol
- Permohonan gantung bayar RM3.1 juta kes potong zakar ditolak
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tang Mana Wanita Melayu Sampai Terkangkang Depan Juri (Video)
Bapa polis anak makan tisu, mengarut betul AC Mizal – Netizen
You must be logged in to post a comment.