Dia cium saya, kemudian dia pergi…
Dia cium saya, kemudian dia pergi…
IPOH: Pemandu lori sayur yang maut ditimbus tanah runtuh di Jalan Simpang Pulai-Blue Valley semalam, pernah menyatakan hasrat berhenti kerja kepada isterinya.
Nor Shahida Saidin, 31, berkata suaminya, Allahyarham Muhamad Hafiz Hamdi, 31, perlu berulang-alik dari kediaman mereka di Tanjung Piandang, Perak ke Cameron Highlands hampir setiap hari untuk mengambil sayur, tidak termasuk jarak ke lokasi penghantaran.
“Masa berbincang baru-baru ini, dia ada sebut nak berhenti kerja sebab sakit-sakit badan sejak dua tiga hari lalu.
“Dia kata mungkin nak bawa treler selepas berhenti tetapi kalau bawa treler, dia hanya boleh pulang selang seminggu dan terpaksa meninggalkan saya dan anak-anak di rumah.
“Saya katakan saya terima apa juga keputusan yang difikirkan baik,” katanya kepada pemberita di Unit Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh, hari ini.
Nor Shahida berkata, suaminya juga ada menyatakan ingin menanggung sebahagian daripada persediaan kahwin adiknya yang dijadualkan hujung bulan ini.
Kali terakhir mereka bertemu awal pagi semalam, katanya, Muhamad Hafiz sempat menciumnya bersama anak-anak sebelum keluar bekerja.
Menceritakan detik dimaklumkan mengenai kejadian itu, Nor Shahida mendapat perkhabaran itu daripada rakan sekerja suaminya yang datang ke rumah.
“Mula-mula memang ada tengok dalam kumpulan WhatsApp keluarga mengenai kejadian tanah runtuh tetapi saya tak sangka suami terbabit.
“Waktu itu pelik juga sebab biasanya suami akan maklumkan sebarang maklumat kejadian dalam kumpulan berkenaan tetapi kali ini dia senyap, jadi saya sangka dia sibuk bekerja.
“Sampailah kenalan kerja arwah datang ke rumah bahawa lori dipandu suami sayalah yang tertimbus dalam runtuhan tanah.
“Majikan suami turut menghubungi saya memaklumkan isyarat GPS (navigasi kedudukan global) menunjukkan suami saya berada di lokasi kejadian itu,” katanya.
Muhamad Hafiz turut meninggalkan sepasang cahaya mata iaitu Nurhannan Fitrysha berusia dua tahun dan bayi lelaki, Muhammad Hafiy Fahri yang berusia tujuh bulan.
Jenazah bakal dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Parit Tanjung Piandang, Parit Buntar, petang ini.
Muhamad Hafiz adalah seorang daripada dua lelaki yang dilaporkan maut selepas kenderaan dipandu masing-masing terbabit dalam insiden tanah runtuh di Seksyen 27 FT 185,KM39, Jalan Simpang Pulau-Blue Valley (Cameron Highlands). BH
Dia cium saya, kemudian dia pergi…
Baca Artikel Menarik :
- Tempat Viral Tengok Kapal Terbang Ditutup
- Lelaki beli Lamborghini, Rolex guna dana bantuan Covid-19
- Nadia Brian tak tolak kalau dah jodoh
- JDT kalah bagus sebagai wake up call – TMJ
- Dakwa adik dipukul di kem, hubungi saya segera – Hishammuddin
- 445 pelajar berhenti sekolah untuk kahwin
- 7 Beautiful Gems In Malaysia You Confirm Wanna Bookmark For Your Next Trip
- Air banjir jernih seperti kolam (Video)
- Suami cekup isteri bersekedudukan bersama lelaki lain
- Pantun sindir JDT Sanusi curi tumpuan
- Mengapa Manusia Selepas Adam Diciptakan Dari Air Mani Dan Bukan Tanah
Layari Laman Facebook MYKMU
Mental jangan koyak – TMJ (Video)
‘Siapa kecam aku, berdosa, berdosa’ – Lelaki tak jadi berbogel kerana JDT kalah