Anak kelar leher ibu maut digilis lori

Anak kelar leher ibu maut digilis lori

GURUN: Seorang lelaki mengelar leher ibu kandung di Kampung Batu 5, Jalan Jeniang, di sini, kira-kira 7 pagi tadi.

Mayat Sarah Jon, 70, ditemui dalam terlentang di ruang tamu rumahnya dengan kesan kecederaan di leher, telinga dan tangan.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah, berkata orang awam memberi maklumat kejadian itu pada jam 7.30 pagi.

“Hasil pemeriksaan mendapati ada juga beberapa peralatan menghisap dadah dipercayai milik anak lelaki mangsa.

“Siasatan lanjut mendapati tiada sebarang kesan pecah rumah.

“Anak lelaki mangsa kemudian maut digilis lori kira-kira satu kilometer daripada rumah mereka,” katanya, di sini hari ini.

Adzli berkata, anak lelaki mangsa kelar berusia 31 tahun menunggang motosikal dan berhenti di tepi jalan, sebelum meluru ke tengah ketika lori menghampirinya.

“Lelaki itu meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Adzli berkata, dua beranak terbabit tinggal berdua di rumah berkenaan dan mereka dikatakan kerap bertengkar dipercayai kerana meminta wang untuk membeli dadah.

“Kali terakhir pertengkaran dikatakan berlaku malam tadi dan didengari jiran serta saudara yang tinggal berhampiran.

“Suspek dikatakan mengalami masalah ketagihan dan meminta wang daripada ibunya untuk membeli dadah,” katanya.

Menurutnya, suspek yang bekerja sebagai penoreh getah dan masih bujang itu mempunyai enam rekod lampau bersabit kes dadah dan pesakit mental.

“Berdasarkan sisa syabu yang masih ada bersama peralatan menghisap dadah, kita tidak menolak kemungkinan dia menghisap dadah di rumah berkenaan dan diketahui ibunya.

“Mayat dua beranak itu kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Sungai Petani untuk bedah siasat,” katanya. BH

Anak kelar leher ibu maut digilis lori


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Dutch man’s private part rots after bitten by a cobra

Asteroid berbahaya 4660 Nereus hampiri Bumi [VIDEO]

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker