Bapa kelar anak kerana berebut siaran TV didakwa membunuh
Bapa kelar anak kerana berebut siaran TV didakwa membunuh
HULU SELANGOR: Seorang lelaki warga emas yang mengelar leher anak sendiri selepas dikatakan bertengkar kerana berebut siaran televisyen di Ulu Bernam, dekat sini pada 3 November lalu, didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu di sini, hari ini atas tuduhan membunuh.
S Krisman, 72, dihadapkan di hadapan Hakim Nurul Mardhiah Mohammed Redza yang bertindak sebagai Majistret, namun tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Dia dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan membunuh anak lelakinya, K Apacnaidu, 37, di sebuah rumah di Jalan Kemudi, Taman Bernam Jaya, Ulu Bernam, antara jam 11 pagi hingga 11.30 pagi, 3 November lalu. Sabit kesalahan membawa hukuman gantung sampai mati.
Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Khadijah Amir Hamdzah, manakala tertuduh diwakili peguam, Dr Vasu Appu. Tiada jaminan diberikan dan mahkamah menetapkan 22 Disember untuk sebutan semula kes dan serahan dokumen. BH
Bapa kelar anak kerana berebut siaran TV didakwa membunuh
Baca Artikel Menarik :
- Kemungkinan ahli Pas sabotaj calon Bersatu
- Saya puasa untuk elak beli tuala wanita – pemain biola
- Rafiq tinggalkan pengundi DUN Paya Rumput demi kerusi selamat
- Serangan kudis herpes
- Beli Dulu, Bayar Kemudian Memang Syok Tapi Ketahui Hukumnya Dalam Islam
- UMNO tak mungkir janji cuma tangan dihulur tak disambut Pas
- “Lahabau Melaka, Jom Undi”, Teo minta maaf
- Resepi Siakap Kayangan Kontroversi
- Duit lesap, rumah pula disewakan
- Harga ayam mungkin terus naik – Bos Mydin
Layari Laman Facebook MYKMU