Islam boleh menang – Khabib
Islam boleh menang – Khabib
ABU DHABI: Legenda seni bela diri campuran (MMA), Khabib Nurmagomedov menyifatkan Islam Makhachev bakal menyerlah dan mampu memenangi pertarungan menentang Dan Hooker di UFC 267.
Bekas juara kelas lightweight UFC itu akan berada di tepi gelanggang di samping pasukan Islam dalam pertarungan yang akan berlangsung di Arena Etihad, Abu Dhabi, Ahad ini.
“Pandangan saya, pertarungan ini bakal berpihak kepadanya dan bukan lawan. Dia perlu memberikan segalanya di dalam gelanggang nanti.
“Jika menang, dia akan mencatat sembilan kemenangan berturut-turut. Siapa yang boleh dapat pencapaian sebegini? Hanya sang juara.
“Pencapaian Charles (Oliveira) lebih hebat berbanding Islam tetapi seandainya Islam dapat mengatasi dengan mudah, ia mampu menjadi titik permulaan.
“Islam perlu berusaha untuk meraih gelaran. Ini pendapat saya. Dia agak berlainan,” kata Khabib.
Mengulas lanjut, legenda dari Rusia itu berkata, dia sangat mengenali Islam dan mereka telah menjalani latihan bersama lebih 20 tahun.
“Islam sangat berlainan. Di sebalik kamera, saya sangat mengenalinya. Kami mempunyai misi yang sama, strategi, bergelut, bergusti…kami bagus dalam setiap sudut,” jelas Khabib yang kini berusia 33 tahun. Utusan
Islam boleh menang – Khabib
Baca Artikel Menarik :
- Apabila hati penjawat awam sudah terhiris
- Peguam dakwa penangkapan Aryan Khan langgar Perlembagaan
- Remaja terpelanting, maut dipanah petir
- Ada yang meniru dari nama hingga ke warna baju – Najib
- Ular sama tak akan patuk kali kedua, Zahid sindir Bersatu
- Tommy Thomas disaman Najib kali kedua
- Mahu Kembali Jadi Fatah, Lucinta Luna Mengaku Penat Jadi Perempuan,“Cukuplah..Saya Takut Dosa”[VIDEO]
- Bersatu hilang arah, keputusan UMNO pergi solo tepat
- Resepi ayam masak lapis memang best
- Tuhan tarik nikmat bebas memandu Sharifah Sakinah
- 9 daripada 10 tidak mahu UMNO bersama BERSATU
Layari Laman Facebook MYKMU