Shah Rukh Khan tertekan! Tidak makan, tidur sejak anak ditahan kes dadah

PELAKON terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan dan isteri Gauri Khan mengelak ditemui media selepas anak mereka, Aryan Khan ditahan polis minggu lalu.

Menurut portal Bollywoodlife.com, penahanan Aryan telah menyebabkan Shah Rukh berasa tidak berdaya dan kecewa.

“Dia sangat kecewa dan marah. Dia tidak tidur atau makan dan merasakan dirinya tidak berdaya sebagai seorang bapa membantu anaknya itu,” katanya.

Terdahulu, Aryan ditahan bersama tujuh yang lain termasuk dua wanita oleh Narcotics Control Bureau (NCB) di sebuah kapal persiaran di pantai Mumbai Ahad lepas.

Menurut The Times of India, NCB turut merampas 13 gram kokain, 21 gram charas (kanabis pekat), 22 pil methamphetamine, 5 gram dadah jenis mephedrone dan lebih 1.3 juta lakh rupee.

Ketika serbuan, Aryan dilaporkan bersama dua rakannya iaitu pelakon, Arbaz Seth Merchant dan pereka fesyen, Munmun Dhamcecha.

Lima lagi individu yang ditahan terdiri daripada Nupur Satija, Ishmeet Chadha, Mohak Jaiswal, Gomit Chopra dan Vikrant Chhokar.

Selasa lalu, Aryan dihadapkan ke sebuah mahkamah di Mumbai atas dakwaan pengambilan dadah. – Awani

Shah Rukh Khan tertekan! Tidak makan, tidur sejak anak ditahan kes dadah


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Anak Shah Rukh Khan Dilayan Seperti Banduan Lain Dalam Penjara

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker