Kibar bendera pink untuk cari jodoh
Kibar bendera pink untuk cari jodoh
Kejayaan kempen bendera putih dilihat menjadi inspirasi kepada segelintir individu di media sosial yang melancarkan kempen mengibar bendera berwarna pink untuk mencari jodoh.
Tidak jelas siapa yang memulakan idea tersebut namun seorang pengguna laman Facebook bernama Fazlin Razali menjadi antara individu terawal berkongsi hantaran mengenai kempen tersebut semalam.
“Untuk kakak-kakak dan abang-abang yang masih ‘single’ atau belum berkahwin naikkan bendera pink di kediaman jika memerlukan jodoh segera.
“Tidak perlu merayu atau malu. Hanya kibarkan kain pink semoga yang ada membantu,” ujar kapsyen hantaran gambar tersebut.
Hantaran kempen kibar bendera merah jambu ini dikongsi lebih 2,600 kali sejak dimuat naik semalam.
Kempen tersebut menimbulkan reaksi yang pelbagai dalam kalangan pengguna media sosial dan ramai menganggap ia sekadar gurauan.
“Kepada yang sudah berkahwin jangan gatal-gatal naikkan bendera warna ini. Silap-silap nuklear yang datang ke rumah anda,” ujar Muhammad Syukhri Shafee.
“Tidak payah hendak merepek. Orang fikirkan hendak meneruskan hidup. Perkara sebegini usaha dijadikan perkara lawak,” kata Pensel Tumpul.
“Ini jalan penyelesaian. Takkan mahu tunggu jodoh jatuh dari langit melekat dekat atas bumbung rumah awak pula,” balas Daniel Hazmi.
“Nampak kelakar.Tapi ada sebilangan manusia yang kita tak tahu dia ambil serius. Kalau boleh janganlah timbulkan situasi kibar bendera untuk perkara sebegini. Kita fokus bantu mereka yang terputus bekalan makanan,” ujar Atikah Rasyadi Junaidi. K Online
Kibar bendera merah jambu untuk cari jodoh
Baca Artikel Menarik :
- Perebutan Kerusi Bagan Serai, Penyandang Terkejut Dengan Cita-Cita Wan Fayhsal
- Anwar kata sidang parlimen kali ini satu ‘penipuan’ Muhyiddin
- Dini mahu beli rumah impian dengan Janna
- Wawa Zainal teruja anak akhirnya makan ayam
- Resepi Kari Ikan Senangin Utara
- Mila terkilan dituduh jual durian harga Yahudi
Layari Laman Facebook MYKMU
Moratorium akan tingkatkan kos keseluruhan pinjaman