Robot Bu Sunaidah dah tak ‘single, selamat bernikah dengan Moza

DUBAI – Robot paling terkenal di Dubai, Bu Sunaidah, mencuri tumpuan apabila berkahwin dengan sebuah lagi robot yang bernama Moza tular di media sosial, lapor agensi berita Gulf News.
Majlis tersebut menyaksikan pengantin perempuan, sebuah robot model Unitree G1, dihiasi abaya hitam bersulam emas.
Dalam hantaran di media sosial, robot Bu Sunaidah memanjatkan rasa syukur serta memuat naik ucapan terima kasih kepada rakan dan keluarga yang ‘menyerikan’ majlis berkenaan.
Walaupun majlis tersebut sekadar gimik kandungan digital dan tidak mempunyai sebarang keabsahan dari sudut undang-undang mahupun agama, strategi pemasaran berkenaan nyata membuahkan hasil.
Dalam tempoh tiga hari, hantaran tersebut meraih lebih 41,000 tanda suka, 2,300 ulasan, serta dikongsi sebanyak 109,000 kali.
Siri hantaran ini mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan warga netizen antarabangsa, sebahagian besarnya terhibur dengan perkahwinan robot berkenaan, manakala sebahagian lagi mengkritik gimik sedemikian yang dianggap keterlaluan. – AGENSI
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Gelombang Biru Warnai Tanah Merah, Semangat Perjuangan UMNO Terus Kukuh
- Fitnah Dakwa Kerajaan Johor ‘Berwayang’ Perlu Diperbetulkan – Onn Hafiz
- AKAR 2026 Terus Santuni Murid, Gilap Kreativiti Generasi Muda
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
21 Kerusi BN Melaka Harus Dipertahankan Atas Amanah – Nurul Amirah
You must be logged in to post a comment.