Baju ajaib, pakai sebulan tak perlu dibasuh

NEW YORK – Syarikat inovasi tekstil Amerika Syarikat, HercLeon baru-baru ini melancarkan versi kelima bajunya yang dikenali sebagai HercShirt, lapor laman berita Oddity Central semalam.
Baju HercShirt V5.0 itu direka khusus untuk kekal segar selama lebih sebulan sekali pun tanpa cucian.
Bagi mengekalkan produk terbarunya tanpa bau tidak menyenangkan untuk tempoh begitu lama, terutamanya pada musim panas, HercShirt menggunakan sehingga tujuh bahan khas termasuk tembaga, perak, zink, emas, abu gunung berapi dan dua ramuan rahsia lain.
Tembaga contohnya, mencegah pembiakan bakteria punca bau busuk, manakala zink meneutralkan sebatian sulfur yang dikeluarkan ketika seseorang berpeluh. Abu vulkanik pula menyerap kelembapan dan bau serta bertindak seperti span.
Menurut HercLeon, baju itu kekal segar lebih sebulan walaupun kerap digunakan.
HercShirt V5.0 dijual di pasaran pada harga sekitar AS$79 (RM323) sehelai. – AGENSI
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Gelombang Biru Warnai Tanah Merah, Semangat Perjuangan UMNO Terus Kukuh
- Fitnah Dakwa Kerajaan Johor ‘Berwayang’ Perlu Diperbetulkan – Onn Hafiz
- AKAR 2026 Terus Santuni Murid, Gilap Kreativiti Generasi Muda
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
21 Kerusi BN Melaka Harus Dipertahankan Atas Amanah – Nurul Amirah
You must be logged in to post a comment.