Makan tidak bayar punca rusuhan di Jakarta pusat, pihak berkuasa kerah TNI, polis
Makan tidak bayar punca rusuhan di Jakarta pusat, pihak berkuasa kerah TNI, polis

JAKARTA – Pergaduhan maut antara penduduk setempat dan sekumpulan pemuda yang menjaga tanah lapang di Matraman, Jakarta Pusat berpunca daripada hal remeh, demikian menurut laman berita VOL.
Beberapa penduduk berkata, insiden bermula apabila suspek makan di gerai nasi uduk di hadapan Masjid Matraman Dalam, Jakarta Pusat semalam
“(Suspek) mahu makan secara percuma, jadi gerai-gerai itu diselerakkan di hadapan Masjid Jami Matraman,” kata saksi kejadian dikenali sebagai Man, 36, di Matraman Dalam semalam.
Melihat perbuatan suspek, beberapa penduduk kemudiannya menegur. Namun, teguran mereka membuatkan suspek bertambah marah.
“Pada mulanya, suspek makan nasi uduk dan tidak mahu membayarnya. Apabila ditanya, dia marah,” kata Man.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tiga Agenda Utama Mohd Zaidy Untuk Manfaat Rakyat DUN Jeram Padang
- Rozi Yakin Mohd Razi Pilihan Tepat, Seru Pengundi Tolak Helah Lawan
PIPBJ Buka Peluang Lebih Ramai Rakyat Johor Miliki Rumah Sendiri
Selepas itu, suspek membunyikan enjin motosikal dengan ekzos yang kuat. Tindakan suspek mencetuskan kemarahan penduduk tempatan, yang akhirnya membawa kepada pertempuran maut.
Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Metro Jakarta Utara, AKBP Roby Heri Saputra berkata, kumpulan pemuda itu beredar sambil membunyikan ekzos motosikal mereka.
“Ada sekumpulan pemuda yang datang untuk membeli sarapan pagi. Mungkin mereka tidak dilayan dengan baik jadi mereka beredar,” kata Roby semalam.
Menurutnya, kumpulan pemuda itu kembali dengan beberapa orang rakan dan didakwa merosakkan gerai penjual nasi uduk.
“Mereka datang bersama rakan-rakan mereka, merosakkan gerai penjual nasi uduk,” tambah Roby.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PRN: Pengalaman Jadi Sandaran, Calon Baharu Bawa Harapan – Johari
- BN Harap Momentum Peratusan Tinggi Undi Awal Berterusan Sabtu Ini
Penguatkuasaan Beras Perlu Diperkasa Dengan Teknologi, Ketelusan Dan Libat Urus
Akibat tindakan suspek, penduduk marah dan berlaku pertempuran di Jalan Tambak, Menteng. Penduduk membalas tindakan dengan menyerang ibu pejabat kumpulan pemuda itu.
Dalam perkembangan berkaitan, sekumpulan lelaki ditahan polis kerana didapati membawa senjata tajam berupa parang dan panah di sekitar kawasan Jalan Tambak, Menteng, Jakarta Pusat pagi tadi.
Kumpulan samseng itu didakwa mahu membalas dendam terhadap penempatan penduduk di kawasan Matraman Dalam, Menteng berikutan kematian rakan mereka yang dibelasah oleh orang ramai selepas mencetuskan masalah.
Mujurlah, serangan balas itu berjaya digagalkan oleh gabungan pasukan polis yang bertugas di kawasan Jalan Tambak.
“Pada masa ini, terdapat satu kompeni daripada unit polis, polis pencegah rusuhan dan Tentera Nasional Indonesia(TNI) yang kami tempatkan di sekitar Jalan Matraman Dalam,” kata Ketua Polis Jakarta Pusat, Reynold Elisa Partomuan Hutagalung dalam kenyataannya.
Terdahulu, menjelang subuh, pertempuran antara kelompok massa dan kumpulan pemuda itu meletus lagi di kawasan percetakan Pramuka, bertentangan dengan Balai Polis Matraman.
Perkembangan terbaru pula menyaksikan polis menyoal siasat tiga individu berinisial S, T, dan U berhubung pertempuran tersebut selepas menahan 15 orang untuk pemeriksaan lanjut. – AGENSI
Makan tidak bayar punca rusuhan di Jakarta pusat, pihak berkuasa kerah TNI, polis
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PRN: Jentera Jangan ‘Over Confident’, Terus Mantapkan Gerak Kerja
- Kita Gandakan Usaha, Satu Undi Sangat Bermakna – Mohd Razi
- PRN NS: Jentera Perlu Peka, Pantas Cantas Isu Berbangkit
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Rakyat Johor Bakal Nikmati Taman Rekreasi Moden, Inklusif di Mutiara Rini
You must be logged in to post a comment.