Eropah ‘terbakar’, ribuan penduduk melarikan diri
Eropah ‘terbakar’, ribuan penduduk melarikan diri

PARIS – Kebakaran hutan yang menjadi lebih buruk akibat suhu tinggi dan angin kencang merebak di beberapa bahagian di Eropah Barat hari ini, mencetuskan darurat bencana di wilayah ibu negara Sepanyol dan mendorong Perancis meminta bantuan Kesatuan Eropah (EU).
Pihak berkuasa Perancis mengarahkan beribu-ribu pelancong di kawasan menghadap Lautan Atlantik keluar dari tapak perkhemahan dan rumah percutian, sementara anggota bomba yang disokong pesawat pengebom air bertungkus lumus cuba memadamkan api yang menjulang.
Jumlah kawasan hangus setakat tahun ini di negara-negara EU adalah kedua terbesar dalam rekod, demikian menurut data satelit Sistem Maklumat Kebakaran Hutan Eropah (EFFIS).
Tiga anggota bomba terbunuh apabila selatan Eropah menanggung haba yang lebih teruk, dengan suhu mencecah 40 darjah Celsius di beberapa kawasan.
Perancis melaksanakan mekanisme perlindungan awam EU untuk meminta bantuan, kata Presiden Emmanuel Macron hari ini, memberi amaran bahawa bencana kekal ‘sangat sengit’.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pembangunan Di Negeri Sembilan Adalah Hasil ‘Air Tangan’ BN – Abdul Rahman
- RUU Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (Pindaan) 2026 Perkukuh Perlindungan Mangsa
- Mohd Asna Berazam Realisasikan Pembinaan Sekolah Di Lenggeng
Semalam Pesuruhjaya Pengurusan Krisis EU, Hadja Lahbib berkata, blok itu menyediakan tiga pesawat pengebom air kepada Perancis.
Penduduk Le Porge, selatan Bordeaux yang terjejas akibat kebakaran hutan, Patrick Martineau, 69, berkata: “Anggota gendarme (polis) datang dan mengetuk setiap pintu rumah, ketika itu, , api berada cuma 500 meter jauhnya. Kami mengambil beberapa barang dan pergi.”
Tenggara Perancis juga teruk terjejas, dengan berpuluh-puluh kebakaran berlaku. Beberapa pegawai berkata, kira-kira 25 rumah hangus sejak Selasa lalu.
Di Itali, beribu-ribu pekerja kecemasan bergelut untuk mengawal begitu banyak kebakaran hutan di Sicily dan wilayah Calabria.
Sementara itu, kerajaan Sepanyol mengisytiharkan darurat kebakaran di rantau Madrid di mana lebih 10,000 orang dipindahkan sejak beberapa hari lalu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Calon Puteri Di DUN Labu, Bukti Komitmen BN Lahirkan Pelapis Pemimpin
- PRN: Anak Muda Ambil Iktibar Pengalaman Lalu, Tidak Mahu Lagi Tertipu
RUU Pindaan Perkukuh Perlindungan Kanak-Kanak Daripada Jenayah Seksual Rentas Sempadan
Perkhidmatan Kecemasan menghantar pesanan melalui telefon bimbit kepada penduduk bandar Aldea de Fresno, barat Madrid untuk mengarahkan mereka berpindah.
Bagaimanapun, beratus-ratus anggota bomba dan sukarelawan masih bergelut untuk memadamkan kebakaran hutan lebih besar di Guadalajara, utara Madrid. – AFP
Eropah ‘terbakar’, ribuan penduduk melarikan diri
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Manifesto BN ‘Sambung Yang Tergendala’ – Mohamad
- Abdul Azeez Seru Pengundi India Berikan ‘Shakti’ Kepada Calon BN, Mereka Akan Berbakti
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
‘Jangan Terlebih Sudu’, Kerjasama Perlu Diperkukuhkan Dahulu – Saifullah
You must be logged in to post a comment.