Ahmad Zahid Iringi Perjalanan Terakhir Allahyarham Bung Moktar
Ahmad Zahid Iringi Perjalanan Terakhir Allahyarham Bung Moktar

KUALA LUMPUR, 5 Dis – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengiringi perjalanan terakhir Datuk Seri Bung Moktar Radin di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu.
Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri meluahkan rasa sayu dengan kehadiran orang ramai termasuk pemimpin, rakan taulan dan rakyat memberi gambaran jelas tentang impak besar yang ditinggalkan Allahyarham sepanjang hayatnya.
Ahmad Zahid berkata beliau bersama barisan kepimpinan tertinggi UMNO antaranya Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan; Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani; Setiausaha Agung, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki; Setiausaha Agung Barisan Nasional, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir juga turut menunaikan solat jenazah, dalam suasana penuh hiba dan rasa kehilangan yang mendalam.
Katanya, setiap daripada mereka hadir dengan dada yang sarat dengan kenangan, penghormatan serta doa.
“Saya dan kepimpinan tertinggi UMNO berdiri bersama, menunaikan solat jenazah dengan dada yang sarat. Sarat dengan kenangan, dengan rasa hormat dan dengan doa seolah-olah mahu memegang sekejap masa yang sedang menangisi pemergiannya…
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pemuda UMNO Terus Prihatin, Hulur Bantuan Pasca Banjir Sekitar Kangar
- IBTEC Bakal Pemacu Ekonomi Baharu, Angkat Johor Sebagai Pusat Pelaburan Berkualiti
- FELCRA Catat Kejayaan Baharu, Terima Dividen RM28.1 Juta
Junjung Tinggi Proses Demokrasi, Terus Bersepadu Demi Masa Depan Sabah
“Allahyarham pergi ketika perjuangannya tidak pernah surut. Beliau pergi dengan hati yang masih memikirkan rakyat, masih memikirkan Sabah, masih memikirkan amanah yang dipikulnya. Semangatnya yang tegas, keberaniannya yang tidak pernah goyah dan kesetiaannya yang tidak pernah retak tetap hidup dalam hati kami yang mengenali beliau.
“Hari ini, saya kehilangan seorang sahabat. Tetapi UMNO kehilangan seorang pejuang. Dan Sabah kehilangan seorang anak watan yang tidak pernah berhenti mencintai tanah kelahirannya.
“Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosanya, melapangkan kuburnya dan menempatkan rohnya dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan yang dimuliakan,” ujar beliau.
Terdahulu, Allahyarham yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan merangkap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah meninggal dunia di Hospital Gleneagles pada jam 1.46 pagi tadi.
Perkhabaran itu diumumkan oleh anak lelaki Allahyarham, Naim Kurniawan Moktar menerusi hantaran di laman media sosial Facebook rasminya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerajaan Negeri Melaka Komited Pastikan Bekalan Air Stabil dan Mampan
- Tuntutan Palsu PERKESO: Jempol Cadang SOP Diperketatkan
Padanan Pekerjaan: Pendekatan Berasas Data Terus Diperkukuh – Abdul Rahman
“Assalamualaikum. Dengan penuh dukacita dimaklumkan bahawa ayahanda kami, Moktar bin Radin, telah menghembuskan nafas terakhir pada 05 Disember 2026, jam 1.46 pagi (14 Jamadilakhir 1447H),” katanya. – UMNO Online
“Hari ini, di bumi Sabah yang menjadi gelanggang perjuangannya sekian lama, saya hadir dengan hati yang hiba dan langkah yang terasa sayu… untuk memberikan penghormatan terakhir kepada sahabat saya, Allahyarham Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin.
“Di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, suasana sebak yang menyelimuti para hadirin seakan-akan menggambarkan betapa besar kasih rakyat Sabah terhadap beliau.
“Ramai yang datang bukan sekadar untuk mengiringi jenazah… tetapi untuk mengirimkan doa, menitipkan rasa cinta dan penghargaan atas seluruh bakti seorang pejuang yang tidak pernah mengenal erti lelah dalam berbakti,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.
Ahmad Zahid Iringi Perjalanan Terakhir Allahyarham Bung Moktar
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tubuh Pusat Data Biometrik Nasional, Selaras Maklumat Antara Agensi Kerajaan
- Tiga Tahun Melakar Transformasi Desa Bersama KKDW – Ahmad Zahid
- Johor Sambut Baik RUU Tribunal Antibuli 2025 Demi Keselamatan Anak-Anak
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kerajaan Perak Jawab Kritikan: Tegaskan Fakta, Tolak Fitnah dan Politik Persepsi
You must be logged in to post a comment.