‘Setiap pemain mahu beraksi di Man United’ – Mbeumo
‘Setiap pemain mahu beraksi di Man United’ – Mbeumo

London: Bryan Mbeumo meluahkan keterujaannya kerana dapat mengikut jejak langkah Cristiano Ronaldo di ‘kelab terbesar di dunia’ selepas menyertai Manchester United.
Selepas beberapa minggu rundingan berlarutan, pemain berusia 25 tahun itu akhirnya melengkapkan perpindahannya dari Brentford dengan yuran £65 juta (RM370 juta), serta tambahan £6 juta (RM34.2 juta) dalam bentuk insentif.
Penyerang Cameroon itu menandatangani kontrak hingga 2030 bersama kelab yang digelarnya ‘kelab impian’, dengan pilihan lanjutan setahun lagi.
“Sejak awal lagi saya mahu sertai kelab ini, kelab yang begitu besar, dan kini saya di sini, saya sangat gembira,” katanya.
“Bagi saya, ini kelab terbesar di dunia, dan juga di England. Saya rasa penyokongnya sangat fanatik, stadiumnya luar biasa dan saya rasa setiap pemain mahu bermain di sini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
- Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya
- Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO
“Saya rasa jersi bola pertama saya adalah jersi Manchester United dengan nama Ronaldo di belakang. Kelab ini sangat besar dan saya benar-benar gembira berada di sini,” katanya lagi.
Mbeumo adalah pemain ketiga dibawa masuk pengurus, Ruben Amorim pada jendela perpindahan musim panas ini, selepas ketibaan penyerang, Matheus Cunha dan bek kiri, Diego Leon.
Pemain sayap kanan itu, yang menjaringkan 20 gol di Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu bersama Brentford, ditandatangani untuk memperkukuh jentera serangan United.
Skuad Amorim hanya mampu menjaringkan 44 gol dalam 38 perlawanan liga musim lalu dan menamatkan saingan di tangga ke-15, satu pencapaian yang memalukan bagi kelab sebesar United.
Mbeumo sebelum ini beraksi di bawah kendalian Thomas Frank di Brentford, yang kini mengemudi Tottenham, dan dia percaya Amorim mempunyai pendekatan yang sama.
‘Setiap pemain mahu beraksi di Man United’ – Mbeumo
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
- Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika
You must be logged in to post a comment.