Azam kekal kemudi SPRM, kontrak disambung setahun lagi
Azam kekal kemudi SPRM, kontrak disambung setahun lagi

PUTRAJAYA- Tan Sri Azam Baki sekali lagi diberi mandat untuk meneraju Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas disambung kontrak perkhidmatan bagi tempoh satu tahun berkuat kuasa mulai 13 Mei 2025 hingga 12 Mei 2026.
Pelantikan Azam sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM itu dimaklumkan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar menerusi satu kenyataan ringkas tadi.
“Sukacita dimaklumkan bahawa selaras dengan subsekyen 5(1) dan (2) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694], Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pelantikan semula Tan Sri Azam Baki sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRam.
“Pelantikan semula ini berdasarkan pengalaman, komitmen dan pencapaian beliau sepanjang mengetuai SPRM,” katanya.
Sebelum ini, Azam mempamerkan perkhidmatan cemerlang ketika meneraju SPRM selepas berjaya membongkarkan banyak kes rasuah termasuk melibatkan kes berprofil tinggi.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Keterangan Mahkamah Yang Berlainan Nada Antara Jasmin Loo Dan Roger Ng
- Apakah Akan Ada Pertandingan Jawatan Timbalan Presiden PKR?
- Maruah Negara Di Calar, Tanah Rakyat Di Jarah Tapi Hadi Tetap Sibuk Dengan Fatwa Politik
BN Menang Di Ayer Kuning, Tapi UMNO Masih Gagal Tangani Naratif UMDAP
Sebelum ini, Azam, 62, sudah dua kali dilantik semula bagi memegang jawatan itu masing-masing selama setahun iaitu dari 12 Mei 2023 hingga 11 Mei 2024 dan dari 12 Mei 2024 hingga 12 Mei 2025.
Beliau dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM pada 9 Mac 2020 menggantikan Latheefa Koya yang mengambil keputusan memendekkan kontrak perkhidmatannya selaras dengan Subseksyen 5(3) Akta SPRM 2009. – KOSMO! ONLINE
Azam kekal kemudi SPRM, kontrak disambung setahun lagi
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sikiittt Lagi PAS Akan Sucikan DAP
- Ayuh Malaysia, Kita Merajuk
- Bila Kuasa Raja Raja Melayu Di Persoalkan Di Mahkamah
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Implikasi Terhadap Kedaulatan Raja Melayu Sekiranya Mahkamah Menolak Titah Adendum
You must be logged in to post a comment.