Pempengaruh, pengasas kosmetik terbabit aktiviti dadah: “Tunggu sahaja tindakan kami” – Polis
Pempengaruh, pengasas kosmetik terbabit aktiviti dadah: “Tunggu sahaja tindakan kami” – Polis

KOTA BARU: Polis Kelantan mengesahkan sudah menerima maklumat mengenai beberapa pempengaruh dan pengasas kosmetik tempatan yang dipercayai terbabit dalam aktiviti berkaitan dadah.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, bagaimanapun berkata pihaknya tidak dapat mengulas lanjut memandangkan siasatan masih dijalankan.
Sebagai Ketua Polis negeri, katanya beliau tidak akan membuat sebarang kenyataan tanpa fakta yang kukuh.
“Dalam video saya yang lalu di akaun TikTok saya, saya telah memberi amaran awal kepada golongan ini supaya tidak terbabit dalam aktiviti berkaitan dadah, kerana pihak polis sedang memantau mereka dengan rapat.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Cubaan Melucut Hak Milik UMNO Ke Atas PWTC Gagal
- Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit
- Benarkah Melayu Sedang Terbangsat Di Bumi Sendiri
Persamaan Antara Makcik Maimun, Pakcik Hamid Dan Uncle Tommy
“Ini peringatan kepada mereka yang mungkin terbabit, kerana kami sudah menerima maklumat yang menunjukkan ada kaitan (pempengaruh dan pengasas kosmetik dengan aktiviti berkaitan dadah),” katanya.
Sebelum ini, polis Kelantan mendedahkan ramai pengasas produk dan pempengaruh di negeri ini disyaki terbabit kegiatan pengedaran dadah dan pengubahan wang haram.
Mohd Yusoff dilaporkan berkata ia berdasarkan beberapa tangkapan dilakukan sebelum ini, dengan kebanyakan pengasas produk dan pempengaruh dipercayai menggunakan modus operandi sama iaitu berselindung di sebalik perniagaan untuk menyembunyikan kegiatan jenayah.
Dalam pada itu, Mohd Yusof menegaskan beliau mengatakan bahawa semua pempengaruh atau pengasas kosmetik di Kelantan terbabit dalam aktiviti dadah.
Justeru, katanya golongan berkenaan yang tidak terbabit dalam sebarang aktiviti haram tidak perlu risau, sebaliknya amaran diberikan kepada yang terbabait suspaya berwaspada.
Pempengaruh, pengasas kosmetik terbabit aktiviti dadah: “Tunggu sahaja tindakan kami” – Polis
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sikiittt Lagi PAS Akan Sucikan DAP
- Ayuh Malaysia, Kita Merajuk
- Bila Kuasa Raja Raja Melayu Di Persoalkan Di Mahkamah
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Implikasi Terhadap Kedaulatan Raja Melayu Sekiranya Mahkamah Menolak Titah Adendum
You must be logged in to post a comment.