Lelaki pamer aksi pahlawan tengah jalan

Lelaki pamer aksi pahlawan tengah jalan

Lelaki pamer aksi pahlawan tengah jalan
Lelaki tersebut berdiri di tengah jalan. -Khaosod

BANGKOK – Seorang lelaki gelandangan mencetuskan rasa cemas dalam kalangan pengguna sebatang jalan di Thailand kerana berdiri di tengah jalan sambil membuat gerakan seni mempertahankan diri, lapor laman berita Thaiger hari ini.

Berdasarkan sebuah video yang dimuat naik di laman sosial, lelaki tersebut menggunakan payung ketika membuat aksinya.

Kejadian berlaku Ahad lalu di sebuah laluan yang menghubungkan Bangkok dengan Surin.

Menurut perakam video, Nook, ketika melalui jalan di Nakhon Ratchasima menghala ke Cho Ho, lalu lintas menjadi perlahan.

Dia turut melihat kenderaan-kenderaan seperti cuba mengelak sesuatu di tengah jalan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

BN Menang Di Ayer Kuning, Tapi UMNO Masih Gagal Tangani Naratif UMDAP


Ketika gilirannya tiba, Nook mendapati bahawa seorang lelaki gelandangan berdiri di tengah jalan sambil membuat gerakan seni mempertahankan diri.

Pada mulanya, Nook menyangkakan bahawa lelaki tersebut menggunakan senjata seperti pistol atau pedang, namun, ternyata dia hanya memegang payung.

Seorang penunggang motosikal kemudian berhenti berhampiran lelaki itu, manakala pemandu lain berhati-hati untuk mengelak daripada melanggarnya.

Nook memberi peringatan kepada pengguna jalan raya agar berhati-hati sekiranya melalui jalan tersebut. – AGENSI

Lelaki pamer aksi pahlawan tengah jalan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Implikasi Terhadap Kedaulatan Raja Melayu Sekiranya Mahkamah Menolak Titah Adendum

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker