Penonton GP Miami menyusut tanpa sokongan NBA

Penonton GP Miami menyusut tanpa sokongan NBA

Penonton GP Miami menyusut tanpa sokongan NBA
GP Miami tahun ini masih 7 peratus lebih tinggi berbanding edisi 2023. FOTO AFP

Miami: Grand Prix (GP) Miami mencatat kejatuhan mendadak dalam jumlah tontonan di kaca televisyen bagi edisi keempat perlumbaan berkenaan apabila purata hanya 2.17 juta penonton menyaksikan aksi yang dimenangi pelumba McLaren, Oscar Piastri, menerusi siaran langsung di ABC, menurut data Nielsen.

Jumlah itu merosot hampir 30 peratus berbanding tahun lalu yang menyaksikan perlumbaan sama mencatat rekod tertinggi bagi siaran Formula Satu (F1) di televisyen Amerika Syarikat dengan purata 3.07 juta penonton.

Bagaimanapun, sedikit kelegaan buat penganjur apabila angka berkenaan masih 7 peratus lebih tinggi berbanding edisi 2023, meskipun perlumbaan tahun ini tidak disokong oleh sebarang acara sukan utama sebelum siaran langsung bermula.

Untuk rekod, edisi 2024 tidak mempunyai acara tumpuan seperti Game 7 NBA yang menjadi lead in tahun lalu, faktor yang banyak membantu melonjakkan angka tontonan.

Situasi ini dijadikan ujian penting oleh ESPN yang sedang menilai sama ada akan menyambung hak penyiaran F1 selepas kontrak semasa tamat hujung musim ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Keterangan Mahkamah Yang Berlainan Nada Antara Jasmin Loo Dan Roger Ng


Dua lagi perlumbaan di AS — GP Austin pada Oktober dan GP Las Vegas pada November — akan menjadi penentu utama.

Perlumbaan yang menyaksikan rakan sepasukan Piastri, Lando Norris, menamatkan saingan di tempat kedua itu turut mencatat kemuncak penonton seramai 2.4 juta dan kekal sebagai perlumbaan F1 ketiga paling ramai ditonton dalam sejarah televisyen AS.

Meskipun kejatuhan ketara dicatat kali ini, Miami GP minggu lalu menandatangani lanjutan kontrak selama 10 tahun bersama F1 sehingga musim 2041.

Penonton GP Miami menyusut tanpa sokongan NBA

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sikiittt Lagi PAS Akan Sucikan DAP

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker