Najib menjadi mangsa konspirasi.

Najib menjadi mangsa konspirasi.

Najib menjadi mangsa konspirasi.

Oleh: Julia Nor

“Ya Allah! Bebaskan Najib.”

Kita berdoa seperti di atas selepas pasukan pembelaan yang mewakili Najib selesai mengemukakan keterangan 26 saksi di Mahkamah Tinggi hari ini bagi kes penyelewengan RM2.3 bilion dana 1MDB.

Sebenarnya Najib dipercayai tidak terbabit dengan penyelewengan.

Sebaliknya Najib dieksploitasi oleh individu seperti Jho Low.

Kita musykil bagaimana boleh wujud kes prima facie, sedangkan Jho Low tidak hadir ke mahkamah untuk memberi keterangan?

Malah ada saksi pembelaan memberi keterangan bahawa Najib memperolehi derma dari Raja Arab Saudi.

Pada suatu ketika Collin pernah berkata tentang adanya “cahaya dihujung terowong,” tetapi kita tidak mengerti dan tidak bijak membuat tafsiran.

Najib menjadi mangsa konspirasi.

Shafee sendiri mengaku bahawa ada saksi pendakwaan memberi keterangan palsu.

Perbicaraan kes Najib dianggap sebagai berprofil tinggi, dikatakan mendapat perhatian seluruh dunia.

Perbicaraan ini satu penderaan mental dan fizikal yang mengancam terhadap taraf kesihatan Najib.

Satu perbicaraan yang mengambil masa keseluruhan selama 293 hari dengan mendengar keterangan 50 saksi pendakwaan.

Pihak pembelaan menutup kes selepas memanggil saksi terakhir iaitu pakar Forensik Dokumen, Tay Eue Kam.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Keterangan Mahkamah Yang Berlainan Nada Antara Jasmin Loo Dan Roger Ng


Kita dapati ada unsur keraguan kerana tandatangan Najib agak mengelirukan dan tidak dapat disahkan oleh pakar forensik.

Sebagai hakim, Collin Lawrence Sequerah menetapkan penghujahan didengar selama sembilan hari bermula Oktober ini sebelum memutuskan sama ada Najib disabitkan kesalahan atau dibebaskan.

Tarikh penghujahan ditetapkan pada 21 hingga 24 Oktober dan 27 hingga 31 Oktober, manakala penghujahan difailkan pada 30 September dan hujahan balas pada 10 Oktober ini.

Pada prosiding itu, Shafee Abdullah memberitahu, kes pembelaan berlangsung selama 58 hari dimulai dengan keterangan bekas Perdana Menteri pada 2 Disember tahun lepas.

Najib dihadapkan ke mahkamah pada 20 September 2018, manakala hari pertama perbicaraan didengar pada 28 Ogos 2019.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Cubaan Melucut Hak Milik UMNO Ke Atas PWTC Gagal


Kes pendakwaan berlangsung selama 235 hari dan berakhir pada 30 Mei 2024 selepas mendengar keterangan 50 saksi,” kata Shafee.

Shafee berkata, Mahkamah Tinggi pada 30 Oktober 2024 kemudian memutuskan Najib membela diri terhadap semua pertuduhan.

Najib didakwa atas empat pertuduhan penyelewengan RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 tuduhan pengubahan wang haram.

Mengikut pertuduhan, Najib menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan RM2.28 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

Najib didakwa atas motif konspirasi Firaun Malaysia.

Sejauh mana benar Najib melakukan kesalahan itu di AmIslamic Bank Berhad, Bukit Ceylon antara 24 Februari 2011 dan 19 Disember 2014?

Sementara bagi pertuduhan pengubahan haram pula antara 22 Mac 2013 dan 30 Ogos 2013 di lokasi sama.

Kita mempercayai dakwaan itu dibuat kerana motif membalas dendam.

Sudah sampai masanya Najib berhak dibebaskan dengan segera.

Doa kita, selepas ini bukan Najib ke penjara, tetapi adalah geng Firaun – Julia Nor.

Najib menjadi mangsa konspirasi.

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sikiittt Lagi PAS Akan Sucikan DAP

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker