Blake ramal era emas baharu dalam tenis lelaki

Blake ramal era emas baharu dalam tenis lelaki

Blake ramal era emas baharu dalam tenis lelaki
BLAKE akui sukan tenis terus menjadi semakin hebat. FOTO Reuters

Los Angeles: Bekas pemain nombor empat dunia, James Blake percaya tenis lelaki kini berada di ambang Era Emas yang baharu, hasil kemunculan persaingan sengit antara bintang muda Carlos Alcaraz dan Jannik Sinner.

Blake, 45, yang bersara daripada Jelajah ATP pada 2013 selepas bersaing hebat menentang nama-nama besar seperti Andre Agassi, Andy Roddick, Roger Federer dan Rafael Nadal, berkata, setiap kali peralihan generasi berlaku, ramai yang gusar mengenai masa depan sukan itu.

“Setiap generasi pasti ada ketakutan seperti dunia akan berakhir,” katanya kepada Reuters ketika ditemui di padang golf di San Diego.

“Saya ingat lagi masa orang risau apa akan jadi pada Jelajah apabila Sampras dan Agassi bersara. Kemudian muncul pula Roger dan Rafa. Novak Djokovic pula masih belum mahu lepaskan baton, tapi kini seperti sudah dirampas oleh Alcaraz dan Sinner.”

Mahrez akhiri musim suram dengan penuh bergaya


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Keterangan Mahkamah Yang Berlainan Nada Antara Jasmin Loo Dan Roger Ng


Menurut Blake, kontras gaya permainan dan personaliti antara Alcaraz dan Sinner menjadikan mereka lawan yang sempurna — Alcaraz yang penuh emosi dan spontan menentang Sinner yang tenang namun garang dari garisan belakang.

“Sukan ini terus jadi semakin hebat,” kata Blake, yang kini juga pengarah kejohanan Terbuka Miami dan pengulas di ESPN.

​_”Saya bukan jenis pengulas yang akan cakap, ‘zaman saya dulu lagi hebat’. Tidak. Sukan ini terus maju dan saya suka melihatnya.”

“Melihat Sinner bermain, saya bersyukur saya dah bersara. Dia memang tiada kelemahan langsung. Memang seronok untuk ditonton.

Blake ramal era emas baharu dalam tenis lelaki


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sikiittt Lagi PAS Akan Sucikan DAP

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker