Alves belum bebas, kes rogol dibawa ke mahkamah tertinggi
Alves belum bebas, kes rogol dibawa ke mahkamah tertinggi

Barcelona: Pendakwa raya Sepanyol memfailkan rayuan di Mahkamah Agung terhadap keputusan kontroversi yang membatalkan sabitan kes rogol membabitkan bekas bintang Brazil dan Barcelona, Dani Alves – sambil mendakwa keputusan itu ‘tidak rasional’ dan seolah-olah ‘menghukum mangsa secara moral’.
Alves, 41, dijatuhi hukuman penjara empat tahun setengah pada Februari tahun lalu selepas didapati bersalah merogol seorang wanita muda di tandas VIP sebuah kelab malam di Barcelona pada malam sambutan Tahun Baharu 2022.
Namun, Mahkamah Rayuan Barcelona membatalkan sabitan itu pada 28 Mac lalu, dengan menyatakan wujud ketidakselarasan dan percanggahan dalam perbicaraan serta kekurangan bukti untuk membuktikan kesalahan bekas pemain itu.
Alves tetap mempertahankan bahawa hubungan seks itu berlaku atas dasar suka sama suka.
Langkah mahkamah membatalkan sabitan itu mencetuskan kemarahan kumpulan feminis dan beberapa pemimpin dalam kerajaan berhaluan kiri Sepanyol.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Akan Ada Pertandingan Jawatan Timbalan Presiden PKR?
- Maruah Negara Di Calar, Tanah Rakyat Di Jarah Tapi Hadi Tetap Sibuk Dengan Fatwa Politik
- Persamaan Antara Makcik Maimun, Pakcik Hamid Dan Uncle Tommy
Dalam dokumen rayuan yang dilihat agensi AFP semalam, pejabat pendakwa raya mengkritik apa yang disifatkan sebagai ‘penilaian bukti yang terburu-buru dan tidak rasional’ oleh mahkamah rayuan.
Menurut mereka, mahkamah membuat kesimpulan ‘yang nyata salah, tidak rasional malah bersifat arbitrari,’ terutama dalam menilai perbezaan antara keterangan mangsa dengan rakaman tingkah lakunya menerusi CCTV.
“Mahkamah seolah-olah menghidupkan semula andaian zaman pertengahan – bahawa wanita yang bersetuju minum arak dengan lelaki bersetuju untuk segala-galanya. Itu tidak benar. Dia hanya bersetuju untuk minum,” tulis pendakwa raya.
Mereka turut menegaskan bahawa mangsa kini berdepan ‘situasi kejam’ apabila secara tidak langsung dihukum dari segi moral dan digambarkan sebagai tidak boleh dipercayai.
Alves, yang ditahan sejak Januari 2023, dibebaskan sementara pada Mac tahun ini selepas membayar ikat jamin sebanyak satu juta euro (RM5.1 juta) sementara menunggu keputusan rayuan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit
- Benarkah Melayu Sedang Terbangsat Di Bumi Sendiri
- Mungkinkah Lim Guan Eng Akan Terheret Sama Dalam Siasatan Ke Atas MBI Group?
Bekas pemain pertahanan kanan itu pernah merangkul tiga gelaran Liga Juara-Juara dan enam trofi La Liga bersama Barcelona, selain pernah beraksi untuk Juventus dan PSG serta memiliki 126 kap untuk Brazil.
Mahkamah Agung dijangka meneliti semula bukti dan pertimbangan yang dibuat oleh mahkamah rayuan sebelum mengeluarkan keputusan muktamad.
Alves belum bebas, kes rogol dibawa ke mahkamah tertinggi
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ayuh Malaysia, Kita Merajuk
- Bila Kuasa Raja Raja Melayu Di Persoalkan Di Mahkamah
- BN Menang Di Ayer Kuning, Tapi UMNO Masih Gagal Tangani Naratif UMDAP
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.