Bakal Madu Nilam Tidak Hamak Kahwin Dengan Pelakon [VIDEO]
Hilang Sabar Dengan Cacian Warganet – ‘Sebab Mata Inilah Azlan Komeng Jatuh Cinta’
Bakal Madu Nilam Tidak Hamak Kahwin Dengan Pelakon [VIDEO]
Wanita berniqab yang didakwa sebagai bakal madu usahawan Nur Nilam Ortiz akhirnya bersuara apabila tidak tahan dengan makian dan cacian yang diterima daripada warganet.
Bakal madu bersuara
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, wanita berniqab yang dikenali sebagai Maizila itu akui sudah lama bersabar dengan tuduhan yang diterima.
Tegasnya, dia tidak mengejarkan status isteri kepada seorang pelakon.
Saya perhati saja di live Nilam, sama naik dengan netizen, kutuk-kutuk mata saya.
Cakap saya macam orang tua lah, mata saya seram lah.
Saya ini lebih cantik dari Nilam. Sebab mata ini lah Azlan Komeng jatuh cinta dengan saya.
Tapi takpelah cakap lah apa saja. Hanya yang tahu saja tahu.
Saya tak hadap nak jadi isteri seorang artis, tapi awak kena tanya Azlan kenapa kami masih bersama saya hingga kini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Maruah Negara Di Calar, Tanah Rakyat Di Jarah Tapi Hadi Tetap Sibuk Dengan Fatwa Politik
- Persamaan Antara Makcik Maimun, Pakcik Hamid Dan Uncle Tommy
- Cubaan Melucut Hak Milik UMNO Ke Atas PWTC Gagal
Dalam pada itu, Maizila memilih untuk tidak membalas kata-kata negatif yang diterima daripada netizen kerana enggan ‘sama naik’ dalam isu perhubungannya bersama Azlan Komeng.
Terdahulu, tular satu video memaparkan seorang wanita berpurdah yang sedang berada di dalam kereta bersama Azlan.
@maizila1 Bismilah. saya dah lama bersabar tapi lama lama macam makin melampau pula, tuduh macam macam ya. Allahuakbar ko kutuk aku macam tak ingat Allah ya. La ila haila anta subha naka inikuntum minal zalimin. #cintamatiku #inshallah
Menerusi perkongsian yang dibuat, rata-rata netizen dilihat meninggalkan pelbagai reaksi negatif sehingga terdapat komen yang mengatakan matanya seperti wanita berusia.
Imbas kembali, Nilam mencuri perhatian apabila mendedahkan suaminya, Azlan akan berkahwin satu lagi malah dia juga sudah bertemu dengan bakal madunya.
Nilam kemudiannya hadir ke mahkamah pada 9 April lalu dengan berpakaian serba hitam bagi memfailkan fasakh.
Untuk rekod, Azlan dan Nilam mendirikan rumah tangga pada 22 Januari 2022.
Sumber: TikTok @Maizila Aini
Bakal Madu Nilam Tidak Hamak Kahwin Dengan Pelakon [VIDEO]
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bila Kuasa Raja Raja Melayu Di Persoalkan Di Mahkamah
- BN Menang Di Ayer Kuning, Tapi UMNO Masih Gagal Tangani Naratif UMDAP
- Keterangan Mahkamah Yang Berlainan Nada Antara Jasmin Loo Dan Roger Ng
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.