Melinda pegang empat rekod dalam MBOR!
Melinda pegang empat rekod dalam MBOR!

Kuala Lumpur:Bukan hanya satu, tetapi empat rekod dalam Malaysia Book of Records (MBOR) dipegang wanita ini yang juga bekas pegawai tentera.
Melinda Kaur Ragbir Singh, 37, adalah pemegang rekod bagi larian terpantas dalam keadaan bergari sejauh 1.6 kilometer dengan catatan masa 57 minit 34 saat pada 8 Jun 2024.
Selain itu, beliau memegang rekod larian ke belakang di mesin treadmill tanpa henti paling lama iaitu selama 12 jam pada 28 Januari 2023.
Beliau juga pemegang rekod larian paling jauh di mesin treadmill bagi tempoh 24 jam dengan catatan jarak sejauh 123.85 kilometer pada 3 Julai 2022.
Satu lagi rekod dipegang Melinda adalah guling ke hadapan paling laju bagi jarak 100 meter dengan catatan masa hanya 10 saat pada 15 April 2022.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Maruah Negara Di Calar, Tanah Rakyat Di Jarah Tapi Hadi Tetap Sibuk Dengan Fatwa Politik
- Persamaan Antara Makcik Maimun, Pakcik Hamid Dan Uncle Tommy
- Cubaan Melucut Hak Milik UMNO Ke Atas PWTC Gagal
Melinda berkata, pengalaman beliau sebagai bekas atlet kebangsaan dalam sukan olahraga mendorongnya untuk menjadi pemegang rekod.
“Sebelum ini, saya memegang rekod kebangsaan bagi acara 3,000 meter lari berhalangan sejak 2009 dengan catatan masa 10 minit 55.31 saat dan rekod itu belum berjaya dipecahkan sehingga kini.
“Kejayaan itu mendorong saya untuk terus mencipta rekod dengan membuat larian dalam keadaan unik iaitu bergari dengan tidak memakai kasut selain melakukan guling ke hadapan,” katanya ketika ditemui di pejabat MBOR di sini, baru-baru ini.
Menurutnya, sebahagian daripada rekod berkenaan dilakukannya untuk meraih dana yang akan disumbangkan kepada golongan memerlukan terutama kanak-kanak.
“Kelebihan serta kekuatan yang saya miliki ini semestinya tidak akan kekal selamanya. Justeru itu, saya mahu memberikan sumbangan kepada komuniti berdasarkan apa yang saya mampu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Benarkah Melayu Sedang Terbangsat Di Bumi Sendiri
- Mungkinkah Lim Guan Eng Akan Terheret Sama Dalam Siasatan Ke Atas MBI Group?
- Berakhirnya Penguasaan Dinasti Lim, Akan Berubahkah DAP?
Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit
“Apa yang saya lakukan ini adalah satu kepuasan bagi saya. Mungkin orang nampak saya kuat namun apa yang dicapai ini tidak datang dengan mudah, ia datang hasil usaha serta kegigihan berlatih,” katanya.
Katanya, beliau turut memberikan sokongan kepada anak perempuannya, Jacquelin Kaur Charanjit Singh yang memegang rekod dalam MBOR sebagai individu paling muda mendaki di Everest Base Camp pada 18 Oktober 2023.
“Ketika itu, dia berusia enam tahun. Saya turut bersama mendaki gunung berkenaan bagi memberikan sokongan moral untuknya meneruskan perjalanan.
“Buat masa ini, saya masih dalam fasa berehat dan mungkin akan mengambil masa beberapa tahun untuk cuba pecah rekod (MBOR) yang baharu.
“Tempoh berkenaan boleh saya gunakan untuk melihat kecenderungan minat dan kebolehan Jacquelin yang mungkin boleh turut serta memecah rekod lain,” katanya.
Melinda pegang empat rekod dalam MBOR!
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bila Kuasa Raja Raja Melayu Di Persoalkan Di Mahkamah
- BN Menang Di Ayer Kuning, Tapi UMNO Masih Gagal Tangani Naratif UMDAP
- Keterangan Mahkamah Yang Berlainan Nada Antara Jasmin Loo Dan Roger Ng
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.