United bawa bekalan selesa ke separuh akhir kedua
United bawa bekalan selesa ke separuh akhir kedua

Bilbao: Bruno Fernandes menjaringkan dua gol ketika Manchester United selangkah menghampiri perlawanan akhir Liga Europa selepas mempamerkan aksi klinikal di tempat lawan untuk menewaskan Athletic Bilbao 3-0 yang bermain dengan 10 orang awal pagi tadi.
Penyokong tuan rumah berang apabila pemain pertahanan Athletic, Daniel Vivian dilayangkan kad merah kerana menarik Rasmus Hojlund, sebelum Fernandes tenang menyempurnakan sepakan penalti selepas Casemiro terlebih dahulu membuka tirai jaringan dalam perlawanan separuh akhir pertama itu.
Fernandes kemudian menambah gol ketiga sebelum tamat separuh masa pertama, sekali gus membawa pasukan kendalian Ruben Amorim semakin hampir ke perlawanan akhir yang bakal berlangsung di Stadium San Mames milik Athletic sendiri.
Tuan rumah yang menyimpan impian menjulang trofi Eropah pertama di tanah sendiri menyaksikan harapan mereka musnah oleh persembahan mengagumkan Manchester United di utara Sepanyol itu dengan penyokong Athletic turut mempertikaikan mutu pengadilan.
“Saya rasa ini keputusan terbaik sepanjang saya mengendalikan pasukan kerana tiada siapa menjangkakan keputusan ini, tetapi sebenarnya anda menyaksikan dua perlawanan hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Maruah Negara Di Calar, Tanah Rakyat Di Jarah Tapi Hadi Tetap Sibuk Dengan Fatwa Politik
- Persamaan Antara Makcik Maimun, Pakcik Hamid Dan Uncle Tommy
- Cubaan Melucut Hak Milik UMNO Ke Atas PWTC Gagal
“Yang pertama dalam 25 minit awal, kemudian satu lagi selepas gol dan kad merah itu,” kata Amorim.
Berada di tangga ke-14 Liga Perdana Inggeris (EPL), harapan Manchester United untuk layak ke Liga Juara-Juara (UCL) hanya bergantung kepada kejayaan mereka memenangi Liga Europa – yang turut menjanjikan habuan bernilai £100 juta (RM633 juta).
Walaupun sering gagal mengawal tekanan musim ini, skuad Red Devils yang melakukan kebangkitan luar biasa menentang Lyon di suku akhir – kali ini berjaya bertahan dan seterusnya menguasai perlawanan dalam suasana yang penuh tekanan.
“Kami agak gugup pada 20 minit pertama. Kami berjaya mengharungi tekanan itu dan kami tahu kami akan mendapat peluang kami.
“Ia separuh masa pertama yang klinikal, separuh masa kedua yang profesional. Kemenangan yang cukup baik akhirnya, tetapi kami masih ada satu lagi perlawanan penting minggu hadapan,” kata kapten Manchester United, Harry Maguire.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Benarkah Melayu Sedang Terbangsat Di Bumi Sendiri
- Mungkinkah Lim Guan Eng Akan Terheret Sama Dalam Siasatan Ke Atas MBI Group?
- Berakhirnya Penguasaan Dinasti Lim, Akan Berubahkah DAP?
Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit
Dengan 1 Mei menjadi cuti umum di Sepanyol, jalan-jalan di Bilbao sejak pagi lagi dipenuhi penyokong berbaju belang merah dan putih yang bersorak dalam suasana pesta yang mengharapkan pasukan mereka memenangi perlawanan itu.
United bawa bekalan selesa ke separuh akhir kedua
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bila Kuasa Raja Raja Melayu Di Persoalkan Di Mahkamah
- BN Menang Di Ayer Kuning, Tapi UMNO Masih Gagal Tangani Naratif UMDAP
- Keterangan Mahkamah Yang Berlainan Nada Antara Jasmin Loo Dan Roger Ng
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.