Sivasangari mahu bawa momentum positif ke Kejohanan Dunia
Sivasangari mahu bawa momentum positif ke Kejohanan Dunia

Kuala Lumpur: Pemain skuasy negara, S Sivasangari percaya kejayaan muncul naib juara di Piala Grasshopper 2025 di Zurich, Switzerland pada Ahad lalu adalah langkah ke arah yang tepat dengan dia terus berkembang dalam memahami permainannya.
Walaupun tewas pada perlawanan akhir menentang pemain nombor satu dunia, Nouran Gohar dari Mesir dengan keputusan 7-11, 12-14, 9-11, pemain nombor sembilan dunia itu berharap untuk membawa momentum berkenaan ke Kejohanan Dunia Persatuan Skuasy Profesional (PSA) 2024-2025 yang akan diadakan di Chicago, Amerika Syarikat (AS) dari 9 hingga 17 Mei ini.
“Saya mahu mengambil momentum ini dan bekerja keras dalam tempoh beberapa hari ini serta berharap dapat beraksi dengan baik di sana,” kata Sivasangari dalam kenyataan hari ini.
Pemain berusia 26 tahun itu akan membuka kempen Kejohanan Dunia dengan menentang pemain Sepanyol Marta Dominguez.
Ini akan menjadi pertemuan pertama antara Sivasangari dan Dominguez yang menduduki ranking ke-53 dunia.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Persamaan Antara Makcik Maimun, Pakcik Hamid Dan Uncle Tommy
- Cubaan Melucut Hak Milik UMNO Ke Atas PWTC Gagal
- Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit
Maruah Negara Di Calar, Tanah Rakyat Di Jarah Tapi Hadi Tetap Sibuk Dengan Fatwa Politik
Sementara itu Sivasangari berkata dia teruja dengan prestasinya sepanjang Piala Grasshopper 2025 dan beroleh pengalaman berharga hasil daripada perlawanan akhir selama 42 minit di gelanggang kaca Zurich Hauptbahnhof.
“Saya gembira dengan cara bermain di Piala Grasshopper. Jelas sekali, saya rasa saya boleh melakukan lebih baik lagi di perlawanan akhir,” katanya.
Sivasangari mahu bawa momentum positif ke Kejohanan Dunia
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- BN Menang Di Ayer Kuning, Tapi UMNO Masih Gagal Tangani Naratif UMDAP
- Keterangan Mahkamah Yang Berlainan Nada Antara Jasmin Loo Dan Roger Ng
- Apakah Akan Ada Pertandingan Jawatan Timbalan Presiden PKR?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.