Bayi dua bulan maut kereta dipandu bapa rempuh lori buat pusingan U
Bayi dua bulan maut kereta dipandu bapa rempuh lori buat pusingan U

JASIN: Bayi perempuan berusia dua bulan meninggal dunia di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), Muar manakala ibu bapanya cedera selepas kereta dinaiki mereka merempuh lori membuat pusingan U di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) dekat Batu Gajah, di sini, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Jasin, Superintendan Mohamad Rusli Mat berkata, dalam kemalangan kira-kira jam 2.15 petang itu mengakibatkan mangsa, Nur Hafirzah Qintina Shahrul Asraf Naim meninggal dunia selepas lebih dua jam bertarung nyawa akibat pendarahan di kepala.
“Bapanya, Sharul Asraf Naim Khasiran, 35, dan ibunya, Nurulnadiah Balqis Abdullah, 22, masing-masing mengalami luka di dahi dan di kepala,” katanya dalam kenyataan di sini.
Beliau berkata, ketika kejadian kereta Toyota Vios dinaiki tiga beranak itu dan lori dipandu lelaki berusia 33 tahun sedang dalam perjalanan dari arah lampu isyarat Lebuh AMJ Merlimau menuju ke arah Batu Gajah.
“Sebaik tiba di lokasi kejadian lori berkenaan dari lorong kanan masuk ke lorong pusingan U menghala ke lampu isyarat Lebuh AMJ sebelum dilanggar dari arah belakang sebelah kanan oleh kereta terbabit.
“Akibat pelanggaran itu pemandu dan penumpang kereta mengalami kecederaan dan dibawa ke HPSF, Muar untuk rawatan lanjut, manakala pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Persamaan Antara Makcik Maimun, Pakcik Hamid Dan Uncle Tommy
- Cubaan Melucut Hak Milik UMNO Ke Atas PWTC Gagal
- Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit
Maruah Negara Di Calar, Tanah Rakyat Di Jarah Tapi Hadi Tetap Sibuk Dengan Fatwa Politik
Mohamad Rusli berkata, pada jam 5 petang, anggota bertugas Pondok Polis HPSF memaklumkan bayi berkenaan meninggal dunia ketika menerima rawatan.
“Punca kemalangan apabila kereta berkenaan hilang kawalan dan masuk ke laluan lori. Siasatan lanjut masih diteruskan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Orang ramai yang melihat atau mempunyai apa-apa maklumat berkaitan kejadian ini diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Mohd Izzuwan Jafri di talian 019-724 2479 atau kaunter aduan trafik IPD Jasin di talian 06-529 2222,” katanya.
Bayi dua bulan maut kereta dipandu bapa rempuh lori buat pusingan U
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- BN Menang Di Ayer Kuning, Tapi UMNO Masih Gagal Tangani Naratif UMDAP
- Keterangan Mahkamah Yang Berlainan Nada Antara Jasmin Loo Dan Roger Ng
- Apakah Akan Ada Pertandingan Jawatan Timbalan Presiden PKR?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.