Puteri Sarah Tak Ada Masalah ‘Co-Parenting’ Bersama Syamsul Yusof [VIDEO]

‘Buang Dendam & Jangan Bermusuh’

Puteri Sarah Tak Ada Masalah ‘Co-Parenting’ Bersama Syamsul Yusof [VIDEO]

Puteri Sarah Tak Ada Masalah ‘Co-Parenting’ Bersama Syamsul Yusof [VIDEO]

Pelakon Puteri Sarah Liyana memilih untuk mengekalkan hubungan yang baik dengan bekas suaminya yang juga pengarah, Syamsul Yusof demi anak-anak mereka.

Demi anak-anak

Puteri Sarah Tak Ada Masalah ‘Co-Parenting’ Bersama Syamsul Yusof  [VIDEO]

Ketika ditemui OhBulan!, Puteri Sarah atau nama lengkapnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, memaklumkan dia dan Syamsul tiada masalah untuk membesarkan anak-anak mereka bersama.

 

Kami berkawan baik untuk anak-anak sebab kami mahu mereka gembira.

Kami tak ada masalah langsung untuk jaga anak bersama, malah saya meminta Syamsul untuk berjumpa anak-anak setiap minggu.

Menurut aktres berusia 39 tahun tersebut, Syamsul memberikan kerjasama yang sangat baik sebagai seorang bapa meskipun perlu memenuhi komitmen kerja.

Anak-anak akan bersama dengan Syamsul juga dan dia pun akan ambil peranan untuk menjaga mereka. Walaupun dia sibuk namun dia tetap bertemu dengan mereka.

Ibu bapa mentua saya pun begitu, mereka sangat memainkan peranan dalam soal cucu-cucu mereka.

Puteri Sarah berkata demikian ketika ditemui pada majlis rumah terbuka anjurannya yang berlangsung di restoran Shook!, Kuala Lumpur pada Sabtu.

Buang dendam

Puteri Sarah Tak Ada Masalah ‘Co-Parenting’ Bersama Syamsul Yusof  [VIDEO]

Dalam pada itu, pelakon drama Andai Itu Takdirnya tersebut turut berkongsi tips co-parenting iaitu dengan mengetepikan ego.

Buang dendam, jangan bermusuh dan kekalkan hubungan yang baik demi anak-anak.

Lepaskan sahaja semuanya, sibukkan diri dan bergembiralah.

Sekadar info, Puteri Sarah pernah mendirikan rumah tangga bersama Syamsul pada 8 Mac 2014 namun pasangan itu bercerai talak satu pada 14 Jun 2023.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 8, dan Sumayyah, 6.

Puteri Sarah Tak Ada Masalah ‘Co-Parenting’ Bersama Syamsul Yusof [VIDEO]


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

BN Menang Di Ayer Kuning, Tapi UMNO Masih Gagal Tangani Naratif UMDAP

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker