Liverpool hanya perlu satu mata lagi bergelar juara

Liverpool hanya perlu satu mata lagi bergelar juara

Liverpool hanya perlu satu mata lagi bergelar juara
SLOT dan pemainnya terpaksa menunggu Ahad ini untuk meraikan kejuaraan EPL. FOTO AFP

London: Liverpool berada di ambang kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas Arsenal hanya mampu seri 2-2 menentang Crystal Palace, awal pagi tadi.

Skuad bimbingan Arne Slot menanti dengan penuh debaran sekiranya Arsenal tewas, keputusan yang akan mengesahkan kejuaraan EPL ke-20 Liverpool, menyamai rekod pencapaian Manchester United.

Mereka terpaksa bersabar untuk meraikan kejuaraan lebih awal tetapi Liverpool tampak pasti akan menjulang trofi itu buat kali pertama sejak 2020 selepas jaringan penyamaan lewat oleh Jean-Philippe Mateta untuk Palace di Stadium Emirates.

Liverpool kini mendahului dengan 12 mata di hadapan Arsenal di tempat kedua yang hanya mempunyai empat perlawanan berbaki, selain perbezaan jaringan lebih rendah iaitu 34 berbanding 44 milik Liverpool.

Semuanya cukup meyakinkan buat Liverpool susulan pertembungan kedua-dua pasukan sebelum ini menyaksikan gawang Spurs dibolosi enam gol.

Walaupun tidak menang hujung minggu ini, Liverpool masih mempunyai empat lagi peluang untuk mengesahkan kejuaraan apabila berdepan Chelsea, Arsenal, Brighton dan Crystal Palace.

Liverpool hanya perlu satu mata lagi bergelar juara

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker