Ain Edruce – Sedih Mummy Haritu Tengok Tangan Kena Cucuk Jarum [VIDEO]
“…”-
Ain Edruce – Sedih Mummy Haritu Tengok Tangan Kena Cucuk Jarum [VIDEO]
Umum mengetahui pelakon, Ain Edruce telah selamat menimang cahaya mata kedua pada akhir Mac lalu.
Belum cukup sebulan melahirkan cahaya mata lelaki, ujian menimpa keluarga ini apabila bayinya terpaksa ditahan di wad kerana jangkitan virus RSV (Respiratory Synctial Virus).
“Belum Sebulan Lagi Awak Lahir, Baru Berapa Hari Dah Masuk Wad Balik…”
Ain Edruce menerusi hantaran di Instagram, meluahkan rasa sebak apabila melihat keadaan cahaya matanya itu yang terpaksa mendapat suntikan disebabkan jangkitan virus tersebut.
“Adik, lama dah duduk dalam wad tu. Jom balik. Kesian kakak Soraya rindu awak . Sedih mummy haritu tengok tangan kena cucuk jarum semua. Belum sebulan lagi awak lahir, baru berapa hari, dah masuk wad balik 😭.”-kongsi Ain Edruce di Instagram
Mohon Doa Orang Ramai
Berkongsi keadaan bayinya yang sudah sihat namun belum pulih sepenuhnya, Ain turut memohon doa orang ramai agar cahaya matanya itu diberikan kesembuhan dengan cepat.
“Alhamdulillah adik dah sihat tapi belum fully recover sebab dia baby kan. Doakan adik Soraya sihat cepat macam kakak dia okay guys ❤️ RSV ni jahat 😡.”-tulis Ain lagi
Netizen Kongsi Nasihat & Petua
Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen yang melalui situasi serupa seperti Ain turut berkongsi pengalaman mereka di ruangan komen, malah ada yang turut berkongsi nasihat dan petua buat pelakon ini untuk mengelakkan jangkitan RSV merebak dengan mudah.
“Nasihat saya kerana anak saudara saya pun pernah dijangkiti RSV, sanitize setiap masa, guna penapis udara. Jangan benarkan mana-mana pelawat pada masa sekarang. Moga yang baik-baik untuk Ain Edruce sekeluarga.”
“RSV memang jahat, Anak saya nombor 3 masa sebulan. Perasaan ini hanya Allah yang tahu macam mana. Sekarang dah 2 tahun alhamdulillah sihat walafiat.”
“Semoga baby cepat sihat dan dipermudah segala urusan.”
“RSV akan tinggalkan parut kat paru-paru baby. Memang buat masa sekarang, tolong jangan benarkan mana-mana pelawat. Ahli keluarga pun tak boleh sewenang-wenangnya cium bayi. Yang merokok tu lagi la tak dibenarkan datang rumah. Even cuci tangan, kat baju masih ada kesan nikotin tu. Semua ni akan effect kat paru-paru baby yang batu nak sembuh.”
Ain Edruce – Sedih Mummy Haritu Tengok Tangan Kena Cucuk Jarum [VIDEO]
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.