Haqimi Azim beri bayangan tinggalkan KL City

Haqimi Azim beri bayangan tinggalkan KL City

Haqimi Azim beri bayangan tinggalkan KL City
HAQIMI Azim dikaitkan dengan perpindahan ke JDT. FOTO HAIRUL ANUAR RAHIM

Kuala Lumpur: “Mungkin ini kali terakhir kita berdiri bersama sebagai satu pasukan. Terima kasih atas semua kenangan, gelak tawa dan cabaran yang kita harungi bersama.”

Demikian menurut potongan ayat yang dimuat naik oleh Muhamad Haqimi Azim Rosli di laman media sosial instagram miliknya yang seakan memberi bayangan kepada peminat bola sepak tanah air itu adalah perlawanan terakhirnya bersama The City Boys.

Penyerang muda Kuala Lumpur (KL) City itu turut tidak terkecuali dikaitkan akan meninggalkan pasukan itu musim hadapan bagi mencari haluan baharu selepas bersama The City Boys sejak tahun 2022.

Haqimi Azim dikhabarkan dengan perpindahan mega bagi musim 2025/2026 bersama juara bertahan Liga Super, Johor Darul Tak’zim (JDT).

Haqimi Azim berkata, setiap memori yang dicipta bersama keluarga KL City akan sentiasa tersemat di hatinya walaupun mungkin akan berjauhan dan tidak akan bersama lagi selepas ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Benarkah Melayu Sedang Terbangsat Di Bumi Sendiri


“Walaupun selepas ini kita mungkin membawa haluan masing-masing, setiap detik yang kita kongsi akan sentiasa dekat di hati. Jaga diri, semoga kita bertemu lagi.” katanya lagi.

Pada aksi Liga Super semalam, pasukan KL City menang dengan penuh bergaya apabila mengutip tiga mata penuh di hadapan penyokong sendiri selepas menumpaskan Kelantan Darul Naim (KDN) FC 5-2 di Stadium Cheras.

Haqimi Azim membantu The City Boys menutup kempen liga di kedudukan keenam dengan 31 mata daripada 24 perlawanan selain turut menjaringkan gol, semalam.

 

Haqimi Azim beri bayangan tinggalkan KL City

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Maruah Negara Di Calar, Tanah Rakyat Di Jarah Tapi Hadi Tetap Sibuk Dengan Fatwa Politik

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker