Musim suram United di EPL berterusan

Musim suram United di EPL berterusan

Musim suram United di EPL berterusan
PEMAIN United sugul selepas kalah kepada Wolves. FOTO Reuters

Manchester: Musim suram Manchester United berterusan apabila tewas buat kali ke-15 dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini selepas Wolves mencuri kemenangan 1-0 hasil jaringan cantik sepakan percuma Pablo Sarabia di Old Trafford, sebentar tadi.

Hanya tiga hari selepas mencipta kemenangan dramatik 5-4 ke atas Olympique Lyonnais dalam saingan Liga Europa, penyokong United hadir dengan harapan tinggi namun disajikan dengan aksi hambar di separuh masa pertama apabila skuad tuan rumah hanya mencatat satu percubaan tepat ke arah gol.

United tampak lebih berbahaya selepas kemasukan Bruno Fernandes pada babak kedua, namun kegagalan menyempurnakan peluang akhirnya dihukum apabila Sarabia meledak sepakan percuma menarik ke penjuru atas gawang pada minit ke-77.

Mason Mount yang masuk sebagai pemain gantian turut mensia-siakan dua peluang keemasan yang sepatutnya mampu menyelamatkan satu mata buat Red Devils.

Kekalahan ini menyaksikan pasukan bimbingan Ruben Amorim kini tergelincir ke tangga ke-14 liga, dengan Wolves yang berada satu anak tangga di bawah kini terikat dengan jumlah mata sama.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Benarkah Melayu Sedang Terbangsat Di Bumi Sendiri


United bukan sahaja berdepan tekanan dari segi prestasi, malah kini semakin jauh dari kelompok kelayakan ke saingan Eropah musim depan.

 

Musim suram United di EPL berterusan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Maruah Negara Di Calar, Tanah Rakyat Di Jarah Tapi Hadi Tetap Sibuk Dengan Fatwa Politik

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker