Tiga rakyat Malaysia ditahan, disyaki ceroboh perairan Singapura
Tiga rakyat Malaysia ditahan, disyaki ceroboh perairan Singapura

SINGAPURA: Tiga lelaki warga Malaysia berusia antara 28 hingga 47 tahun ditahan Polis Pengawal Pantai (PCG) Singapura semalam, kerana disyaki memasuki perairan negara itu secara haram.
“Anggota PCG melakukan rondaan sekitar jam 2.05 petang sebelum mengesan sampan tidak dikenali di perairan Pulau Sarimbun,” kata kenyataan polis, hari ini.
“Pegawai pengawal pantai mengejar sampan berkenaan yang kemudiannya melakukan beberapa pergerakan berbahaya selain turut melanggar bot PCG dua kali sebelum berjaya dihentikan.
Seorang anggota PCG dilaporkan cedera ringan.
Selain ditahan kerana menceroboh, lelaki berusia 28 tahun yang mengemudi sampan itu juga disiasat atas kesalahan lain, termasuk navigasi secara melulu dan gagal mematuhi arahan pihak berkuasa.
Sampan dirampas dan siasatan lanjut sedang dijalankan. – BERNAMA
Tiga rakyat Malaysia ditahan, disyaki ceroboh perairan Singapura
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Cubaan Melucut Hak Milik UMNO Ke Atas PWTC Gagal
- Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit
- Benarkah Melayu Sedang Terbangsat Di Bumi Sendiri
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Persamaan Antara Makcik Maimun, Pakcik Hamid Dan Uncle Tommy
You must be logged in to post a comment.