Sri Pahang raih 3 mata di Temerloh

Sri Pahang raih 3 mata di Temerloh

Sri Pahang raih 3 mata di Temerloh
RAKAN sepasukan meraikan kejayaan Ahapov (dua dari kiri) yang menjaringkan gol pertama Sri Pahang FC. FOTO Ihsan Sri Pahang FC

Temerloh: Sri Pahang FC menamatkan aksi terakhir Liga Super musim 2024/2025 dengan cemerlang apabila menewaskan Penang FC 3-2 di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh, sebentar tadi.

Kemenangan itu juga menjadi suntikan semangat buat skuad kendalian Fandi Ahmad menjelang aksi final Piala Malaysia berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT), 26 April ini.

Namun, tuan rumah terpaksa menunggu minit ke-17 untuk menjaringkan gol pendahuluan menerusi Mykola Ahapov selepas menerima hantaran daripada Sergio Aguero.

Selepas itu, Sri Pahang berterusan memberi ancaman jentera pertahanan Penang hasil sentuhan T Saravanan tetapi bola tandukan sedikit tersasar di sebelah kanan gawang lawan pada minit ke-26.

Lima minit kemudian, pemain tengah, Baqiudin Shamsuddin melakukan rembatan dari luar kotak penalti tetapi bola berjaya diselamatkan penjaga gol Penang, Al Iman Wahiey Muhammad Amir.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Mungkinkah Lim Guan Eng Akan Terheret Sama Dalam Siasatan Ke Atas MBI Group?


Namun, peluang terbaik pelawat untuk menjaringkan gol penyamaan hadir pada minit 45 tetapi rembatan Muhammad Adib Abdul Ra’op diselamatkan penjaga gol, Zarif Irfan Hashimuddin.

Bersambung babak kedua, pelawat tidak menunggu lama untuk menjaringkan gol penyamaan 1-1 hasil sentuhan pemain muda, Muhammad Alif Ikmarizal Anuar pada minit ke-47.

Pada minit ke-57, tuan rumah kembali di hadapan selepas pemain pertahanan, Syazwan Andik menjaringkan gol kedua buat skuad Tok Gajah.

Tidak berputus asa, Penang kembali menyamakan kedudukan 2-2 selepas bola tampanan pemain pertahanan import Sri Pahang, Stefano Brundo menerjah jaring skuad itu.

Empat minit sebelum berakhir perlawanan, Ahapov membuktikan ketajamannya apabila menjaringkan gol ketiga untuk memastikan tiga mata menjadi milik skuad Tok Gajah pada aksi terakhir Liga Super.

Sri Pahang raih 3 mata di Temerloh

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Persamaan Antara Makcik Maimun, Pakcik Hamid Dan Uncle Tommy

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker