Pengarah syarikat rugi lebih RM650,000 angkara pelaburan palsu
Pengarah syarikat rugi lebih RM650,000 angkara pelaburan palsu
KULAI: Seorang pengarah syarikat terpaksa berputih mata apabila kerugian RM666,300 selepas menjadi mangsa sebuah sindiket pelaburan palsu dalam talian.
Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee, berkata lelaki tempatan berusia 61 tahun itu mendakwa tertarik menyertai skim pelaburan yang menjanjikan pulangan antara lima hingga 10 peratus dalam tempoh tiga hari.
“Sindiket memaklumkan bahawa keuntungan akan dimasukkan ke dalam akaun aplikasi XGIHorizon milik mangsa.
“Terpengaruh tawaran itu, mangsa membuat 20 transaksi bayaran berjumlah RM666,300 ke dalam dua akaun bank tempatan, bermula 4 Mac lalu hingga kelmarin,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.
Seng Lee berkata, selepas pembayaran dilakukan, aplikasi berkenaan memaparkan jumlah keuntungan sebanyak RM1.4 juta.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Berakhirnya Penguasaan Dinasti Lim, Akan Berubahkah DAP?
- Ismail Sabri Cuba Mengheret UMNO Dalam Kes RM170 Juta
- Kenapa Mahathir Bela Ismail Sabri Dalam Kes RM170 Juta
Mungkinkah Lim Guan Eng Akan Terheret Sama Dalam Siasatan Ke Atas MBI Group?
“Namun, apabila mangsa cuba membuat pengeluaran daripada aplikasi terbabit, dia diminta membuat pelaburan tambahan sebanyak RM100,000.
“Mangsa kemudian menyedari telah ditipu selepas gagal mengeluarkan wang pelaburan dan tampil membuat laporan polis, semalam,” katanya.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu berkaitan pelaburan tidak wujud.
Pada masa sama, beliau turut menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan tawaran pelaburan yang menjanjikan pulangan tinggi dalam masa singkat.
“Orang ramai disaran menggunakan kemudahan dalam talian yang disediakan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial seperti National Scam Response Centre (NSRC), CCID Infoline dan Semak Mule serta mendapatkan maklumat terkini berkaitan modus operandi jenayah komersial melalui laman rasmi Facebook Polis Diraja Malaysia,” katanya.
Pengarah syarikat rugi lebih RM650,000 angkara pelaburan palsu
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Cubaan Melucut Hak Milik UMNO Ke Atas PWTC Gagal
- Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit
- Benarkah Melayu Sedang Terbangsat Di Bumi Sendiri
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Persamaan Antara Makcik Maimun, Pakcik Hamid Dan Uncle Tommy
You must be logged in to post a comment.