Elly Mazlein Kekal Prinsip Terus ‘Sorok’ Wajah Anak-Anak
‘Saya Tak Mahu Mereka Jadi Tumpuan’
Elly Mazlein Kekal Prinsip Terus ‘Sorok’ Wajah Anak-Anak

Penyanyi dan pengacara, Elly Mazlein kekal dengan prinsip untuk tidak mendedahkan wajah kedua anaknya iaitu Sefhia, 8 dan Haider Matten, 4, di media sosial.Sorok wajah anak
Elly, 45, berkata, tujuan dia ‘menyorokkan’ wajah dua cahaya matanya demi menjaga privasi selain mahu mereka menjalani kehidupan sebagai kanak-kanak yang normal.
Biarlah anak-anak membesar seperti orang biasa sebab saya tidak mahu mereka menjadi tumpuan. Saya ingin mereka (anak-anak) merasa hidup bebas.
Saya tak naklah anak-anak rasa mak dia artis atau selebriti. Alhamdulillah sampai hari ini anak-anak saya sangat selesa dengan kehidupan mereka.
Tapi suatu hari kalau mereka sudah dewasa dan mahu ada akaun media sosial masing-masing, saya tidak halang.
Elly berkata demikian ketika ditemui di majlis sidang media Big Stage Alpha yang berlangsung di Petaling, Jaya, pada Khamis.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Berakhirnya Penguasaan Dinasti Lim, Akan Berubahkah DAP?
- Ismail Sabri Cuba Mengheret UMNO Dalam Kes RM170 Juta
- Kenapa Mahathir Bela Ismail Sabri Dalam Kes RM170 Juta
Mungkinkah Lim Guan Eng Akan Terheret Sama Dalam Siasatan Ke Atas MBI Group?
Peminat faham
Berkongsi lanjut, Elly turut berterima kasih kepada peminat yang menghormati keputusannya itu dan tidak pernah mengganggu privasi keluarga.
Kalau saya bawa anak keluar, kebanyakan peminat sudah faham prinsip saya. Mungkin kerana mereka sudah lama mengikuti media sosial saya.
Peminat menghormati, mereka memang tahu kalau saya muat naik foto anak-anak wajah akan ditutup dengan emoji.
Jadi, kalau mereka mahu memuat naik foto bersama saya, mereka akan ‘blur’ wajah anak-anak saya.
Dalam pada itu, ditanya mengenai pendapat mengenai ada rakan artis melakukan tindakan sama, Elly berkata, itu terpulang kepada pilihan masing-masing.
Apabila ada artis-artis lain membuat keputusan sama, mungkin itu terbaik untuk mereka. Teruskan.
Tapi apa-apa pun hak masing-masing, ada sahaja artis dan orang biasa kongsikan anak mereka di media sosial. Namun, saya gembira dengan keputusan yang dibuat untuk anak-anak.
Imbas kembali, Elly mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Azlan Che Nuh pada Januari 2020.
Hasil perkahwinan itu pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Haider, 4 tahun.
Sebelum ini, Elly pernah berkahwin dengan pengarah Azmi Hatta pada 9 November 2014 namun berpisah pada 15 Oktober 2015 dan dikurniakan cahaya mata perempuan, Putri Sara Sefhia.
Elly Mazlein Kekal Prinsip Terus ‘Sorok’ Wajah Anak-Anak
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Cubaan Melucut Hak Milik UMNO Ke Atas PWTC Gagal
- Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit
- Benarkah Melayu Sedang Terbangsat Di Bumi Sendiri
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Persamaan Antara Makcik Maimun, Pakcik Hamid Dan Uncle Tommy
You must be logged in to post a comment.