Martin stabil selepas terbabit insiden ngeri

Martin stabil selepas terbabit insiden ngeri

Martin stabil selepas terbabit insiden ngeri
AKSI Jorge Martin ketika di Litar Antarabangsa Lusail. FOTO REUTERS

Lusail: Juara dunia MotoGP, Jorge Martin kini menunjukkan perkembangan perlahan tetapi stabil selepas mengalami kecederaan serius dalam perlumbaan Grand Prix (GP) Qatar hujung minggu lalu, menurut pasukannya, Aprilia.

Pelumba Sepanyol berusia 27 tahun itu terbabit insiden ngeri ketika membuat penampilan sulung musim ini apabila tergelincir dan terjatuh selepas separuh perlumbaan di Litar Lusail.

Malangnya, dia turut dilanggar pelumba Itali, Fabio Di Giannantonio yang berada tepat di belakangnya.

Menurut kenyataan Aprilia, Martin mengalami hemopneumotoraks, iaitu terdapat darah dan udara di sekitar rongga paru-paru selain beberapa tulang rusuk patah.

“Dia kini masih dalam pemerhatian selepas mengalami trauma pleuropulmonari yang memerlukan saliran segera untuk membolehkan paru-parunya mengembang semula. Kecederaan tulang rusuk pula menyebabkan kesakitan ketara dan menyukarkan sebarang aktiviti fizikal,” kata kenyataan itu.

Martin, yang menyertai Aprilia dari Ducati-Pramac, sudah pun terlepas tiga perlumbaan awal tahun ini akibat kemalangan ketika sesi ujian.

Dalam kenyataan pasukan, Martin mengucapkan terima kasih kepada semua yang memberikan sokongan moral.

“Terima kasih dari hati saya kepada semua yang menyokong saya. Hari-hari ini sangat sukar, tetapi kini saya sudah mula boleh bergerak sedikit dan rasa lebih baik walaupun kesakitannya masih kuat.

“Saya amat menghargai Aprilia, peminat dan semua yang membantu saya. Saya akan terus berjuang untuk menjadi antara yang terbaik,” katanya.

Belum ada tarikh ditetapkan bila Martin akan kembali ke litar, namun pasukan mengesahkan sebarang perkembangan lanjut akan diumumkan dari semasa ke semasa.

Martin stabil selepas terbabit insiden ngeri

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Persamaan Antara Makcik Maimun, Pakcik Hamid Dan Uncle Tommy

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker