Rozita Che Wan Dimasukkan Ke Hospital

Ayu Raudah Titip Doa – ‘Semoga Cepat Sembuh, Jumpa Nanti’

Rozita Che Wan Dimasukkan Ke Hospital

Rozita Che Wan Dimasukkan Ke Hospital

Pelakon dan usahawan terkenal, Rozita Che Wan atau nama sebenarnya Rozita Abu Bakar, dilaporkan sedang menerima rawatan di hospital selepas mengadu kurang sihat sejak beberapa hari lalu.

Che Ta tak sihat

Rozita Che Wan Dimasukkan Ke Hospital

Perkongsian itu dimuat naik sendiri oleh Che Ta menerusi satu hantaran di Instagram, yang menunjukkan dirinya sedang terbaring lemah di atas katil hospital dengan tangan dipasang IV cannula, sekali gus mencetuskan kebimbangan dalam kalangan peminat.

Bagaimanapun, Che Ta tidak mendedahkan punca sebenar dia ditahan di wad, sebaliknya hanya menulis kapsyen ringkas, ‘Gelombang Raya’.

Dalam pada itu, adik kepada Che Ta iaitu Ayu Raudhah turut memuat naik semula gambar tersebut di Instagram Story miliknya dan menitipkan doa buat kakaknya.

Semoga cepat sembuh Kak Ta (panggilan Rozita). Sila rehat dengan baik. Saya sayang awak. Jumpa nanti.

Sebelum ini, Che Ta berkongsi video di TikTok yang menunjukkan anaknya, Aaisyah Dhia Rana sedang mengemas bilik sendiri. Menurut Che Ta, dia tak dapat membantu kerana demam sejak tiga hari lalu.

Sumber: Instagram Che Ta


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Cubaan Melucut Hak Milik UMNO Ke Atas PWTC Gagal

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker