Maresca pertahan gaya permainan Chelsea
Maresca pertahan gaya permainan Chelsea

London: Pengendali Chelsea, Enzo Maresca menegaskan pasukannya sedang bergerak ke arah yang betul dan membina gaya permainan jangka panjang meskipun dicemuh penyokong sendiri ketika seri 2-2 menentang Ipswich Town hujung minggu lalu.
Chelsea ketinggalan dua gol kepada pasukan tercorot liga itu dalam saingan Liga Perdana Inggeris, sekali gus mencetus rasa tidak puas hati penyokong di Stamford Bridge yang mempersoalkan pendekatan permainan pasukan yang dianggap terlalu statik dan tidak berkesan.
Bagaimanapun, Maresca tetap yakin dengan falsafahnya dan mempertahankan pendekatan yang digunakan walaupun skuad bimbingannya kini jatuh ke tangga keenam liga.
“Saya yakin 100 peratus dengan pendekatan ini. Kami sedang bertambah baik musim ini,” katanya menjelang aksi timbal balik suku akhir Liga Konferensi menentang Legia Warsaw, awal pagi Jumaat ini.
Chelsea membawa bekalan selesa kemenangan 3-0 dari perlawanan pertama.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Sudah Jadi Dengan KWSP?
- Di Mana Penghujungnya Perang Antara Mahathir Dan Anwar
- Pertembungan 2 Kem Pemimpin Tertinggi PAS Semakin Panas
“Musim ini kami hampir sepanjang masa berada dalam kelompok empat terbaik liga. Berbanding dua musim lalu, pasukan ini langsung tidak pernah ke kelompok itu. Jadi jelas sekali hala tuju dan gaya permainan kami adalah tepat,” ujarnya lagi.
Ketika ditanya mengenai cemuhan penyokong, Maresca berkata, beliau tidak ambil pusing tetapi mengakui sokongan peminat tetap penting dalam melonjak semangat pemain.
“Bola sepak milik penyokong. Mereka adalah bahagian utama dalam kelab. Jadi apabila penyokong menyokong anda, ia sangat membantu kerana pemain dapat merasai tenaga itu.
“Kami perlu menghidupkan kembali semangat penyokong. Cara terbaik untuk lakukannya adalah bermain dengan betul, cipta peluang dan jaringkan gol. Kalau kami menjaringkan gol, suasana pun berubah,” katanya lagi.
Chelsea kini mengintai tempat ke separuh akhir kejohanan Eropah meskipun bukan Liga Juara-Juara, namun Maresca menegaskan ia tetap satu pencapaian penting untuk pasukannya yang sedang dibentuk semula.
Maresca pertahan gaya permainan Chelsea
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit
- Benarkah Melayu Sedang Terbangsat Di Bumi Sendiri
- Mungkinkah Lim Guan Eng Akan Terheret Sama Dalam Siasatan Ke Atas MBI Group?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.