Arsenal lolos, bergaya singkir Real Madrid
Arsenal lolos, bergaya singkir Real Madrid

Madrid: Arsenal berjaya menangkis cabaran juara bertahan Liga Juara-Juara, Real Madrid dengan mempamerkan kebangkitan luar biasa untuk meraih kemenangan 2-1, awal pagi tadi, sekali gus mara ke separuh akhir menerusi agregat besar 5-1.
Kemenangan 3-0 The Gunners pada suku akhir pertama minggu lalu memberikan mereka kelebihan di ibu kota Sepanyol, sekali gus membawa mereka ke kelompok empat terbaik buat kali pertama sejak 2009, di mana mereka akan bertemu Paris Saint-Germain (PSG).
Bukayo Saka, yang gagal menyempurnakan sepakan penalti pada babak pertama, meletakkan Arsenal di hadapan dan walaupun Vinicius Junior menyamakan kedudukan, pasukan yang sudah menjulang trofi itu sebanyak 15 kali itu seakan tidak benar-benar berusaha untuk mendapatkan kemenangan.
Gabriel Martinelli menambahkan derita Real Madrid dengan jaringan kemenangan di masa kecederaan untuk Arsenal, yang masih belum pernah memenangi trofi Liga Juara-Juara.
“Kami tahu kami akan berdepan kesukaran tetapi kami juga tahu kami akan menang,” kata Declan Rice, yang menjaringkan dua sepakan percuma menakjubkan pada perlawanan pertama, kepada TNT Sports.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Sudah Jadi Dengan KWSP?
- Di Mana Penghujungnya Perang Antara Mahathir Dan Anwar
- Pertembungan 2 Kem Pemimpin Tertinggi PAS Semakin Panas
“Ia adalah malam yang sangat istimewa untuk kelab ini, malam bersejarah… kami mahu menjuarai pertandingan ini,” katanya lagi.
Los Blancos, yang jauh lebih hambar berbanding musim lalu ketika mereka memenangi Liga Juara-Juara dan La Liga, pada awalnya yakin mampu bangkit semula, namun gagal mencipta banyak peluang menentang pertahanan kukuh Arsenal.
Pasukan dari Liga Perdana Inggeris (EPL) itu kekal tenang untuk mara ke separuh akhir buat kali ketiga dalam sejarah mereka.
“Kami tewas kepada Arsenal yang lebih baik dan kami perlu menerimanya,” kata penjaga gol Real Madrid, Thibaut Courtois kepada Movistar.
“Kami sudah banyak kali menikmati detik manis dalam bola sepak, dan hari ini adalah detik yang pahit,” tambah jurulatih, Carlo Ancelotti.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ismail Sabri Cuba Mengheret UMNO Dalam Kes RM170 Juta
- Kenapa Mahathir Bela Ismail Sabri Dalam Kes RM170 Juta
- Mahathir Tidak Layak Bercakap Tentang Kuasa Politik Melayu
Sementara itu, pengendali Arsenal, Mikel Arteta berkata, beliau cukup berbangga dengan prestasi pasukannya.
“Bukan sahaja kerana kami berjaya mara ke separuh akhir, tetapi juga kerana cara dan corak permainan yang kami pamerkan,” jelas pengendali Arsenal itu, yang masih memburu trofi pertamanya sejak memenangi Piala FA pada 2020.
“Saya rasa, secara keseluruhan, ia menunjukkan watak pasukan ini, kelab ini, dan ia adalah malam yang sangat membanggakan,” katanya lagi.
Arsenal lolos, bergaya singkir Real Madrid
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit
- Benarkah Melayu Sedang Terbangsat Di Bumi Sendiri
- Mungkinkah Lim Guan Eng Akan Terheret Sama Dalam Siasatan Ke Atas MBI Group?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.