Lelaki tak pulang selepas cari kupang disahkan maut

Lelaki tak pulang selepas cari kupang disahkan maut

Lelaki tak pulang selepas cari kupang disahkan maut
Foto hiasan.

PORT DICKSON: Seorang nelayan yang tidak pulang selepas keluar nelayan mencari di sekitar Pulau Tikus, di sini, sejak pagi semalam disahkan maut selepas mayatnya ditemui malam tadi.

Mayat Mohd Tahar Jantan, 71, ditemui jam 11.40 tengah malam di kawasan Pulau Tikus oleh orang awam yang menyertai operasi mencari dan menyelamat.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Mohd Shaib Md Dah berkata, pihaknya menerima laporan kehilangan mangsa jam 8 malam tadi, sebelum sepasukan anggota bergegas ke Pulau Tikus, lokasi biasa mangsa keluar mencari kupang.

“Operasi turut disertai beberapa bot nelayan, sebelum mayat mangsa ditemui selepas kira-kira tiga jam pencarian dilakukan.

“Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Lelaki tak pulang selepas cari kupang disahkan maut

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Cubaan Melucut Hak Milik UMNO Ke Atas PWTC Gagal

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker