“Apabila kepala betul, ekor pun betul”- TMJ
“Apabila kepala betul, ekor pun betul”- TMJ

Kuala Lumpur: Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim sifatkan kejayaan pasukan JDT II muncul juara Piala MFL 2024/2025 adalah hasil perancangan yang betul dan tepat oleh pengurusan tertinggi kelab itu.
Katanya, hasil perancangan yang teliti dan sempurna sama ada di dalam mahupun di luar padang, ia akhirnya membuahkan hasil yang konsisten buat skuad Harimau Selatan dengan kekal mendominasi saingan domestik.
“Apabila kepala betul, ekor pun betul,” kata Tunku Ismail di laman sosial Johor Southern Tigers (JST) malam tadi.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Sudah Jadi Dengan KWSP?
- Di Mana Penghujungnya Perang Antara Mahathir Dan Anwar
- Pertembungan 2 Kem Pemimpin Tertinggi PAS Semakin Panas
“Rekod-rekod dan fakta yang tidak boleh dipertikaikan,” katanya lagi.
Terdahulu, skuad JDT II mengesahkan kejuaraan Piala MFL selepas menundukkan Penang FC II 7-0 pada aksi terakhir liga di Stadium Sultan Ibrahim, malam tadi.
Kemenangan itu menyaksikan JDT II mengumpul mata tertinggi dengan 53 mata manakala pencabar terdekat, Selangor FC di tangga kedua dengan hanya dibezakan satu mata selepas mengutip 52 mata sekali gus bergelar naib juara.
Kejayaan skuad ‘adik’ itu pastinya membakar semangat pasukan senior yang dijadual turun dalam aksi final Piala Malaysia hujung minggu hadapan.
Dalam pertembungan itu, JDT akan menentang Sri Pahang FC di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).
“Apabila kepala betul, ekor pun betul”- TMJ
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit
- Benarkah Melayu Sedang Terbangsat Di Bumi Sendiri
- Mungkinkah Lim Guan Eng Akan Terheret Sama Dalam Siasatan Ke Atas MBI Group?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.