2 beranak hilang pikap dihanyut arus ketika seberang sungai
2 beranak hilang pikap dihanyut arus ketika seberang sungai

KUCHING: Dua beranak hilang selepas pikap dinaiki hanyut dibawa arus deras di Sungai Sengayan di kawasan Hulu Baram di pedalaman Miri, hari ini.
Kejadian berlaku ketika Dawellies Luing, 46, yang bertugas sebagai Pembantu Pengurusan Murid di Sekolah Kebangsaan (SK) Long Jekitan bersama anak perempuannya, Vallerie Mentie Dawellies berusia sembilan tahun cuba menyeberangi sungai menggunakan pikap.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak mengesahkan kejadian itu berdasarkan maklumat diterima daripada pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marudi jam 12 tengah hari tadi.
Katanya, lokasi kejadian hanya boleh dilalui pacuan empat roda dan mengambil masa antara 10 hingga 12 jam melalui jalan balak serta laluan sungai.
2 beranak hilang pikap dihanyut arus ketika seberang sungai
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit
- Benarkah Melayu Sedang Terbangsat Di Bumi Sendiri
- Mungkinkah Lim Guan Eng Akan Terheret Sama Dalam Siasatan Ke Atas MBI Group?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Cubaan Melucut Hak Milik UMNO Ke Atas PWTC Gagal
You must be logged in to post a comment.