Suarez buat hal lagi, nyaris gigit kawan sendiri

Suarez buat hal lagi, nyaris gigit kawan sendiri

Suarez buat hal lagi, nyaris gigit kawan sendiri
AKSI Suarez melepaskan rembatan ketika menentang LA FC di Stadium Chase. FOTO Reuters

Miami, Amerika Syarikat: Bekas bintang Liverpool dan Barcelona, Luis Suarez hampir menggigit pemain sekali lagi tetapi berhenti melakukannya apabila menyedari ia adalah rakan sepasukan sendiri.

Insiden pelik itu berlaku ketika Inter Miami berdepan pencabar MLS, LAFC dalam aksi timbal balik suku akhir Piala Juara-Juara Concacaf minggu ini. Ketegangan memuncak di Florida selepas lawan dari California itu memenangi perlawanan pertama 1-0.

Namun Lionel Messi dan rakan-rakan berjaya menyelesaikan tugasan dengan kemenangan 3-1 di tempat sendiri, memberikan mereka kemenangan agregat 3-2.

Bagaimanapun, ketegangan memuncak di penghujung perlawanan apabila pemain dari kedua-dua pasukan bertelagah susulan satu terjahan kasar.

Insiden itu mencetuskan kekecohan di tengah padang, dengan Suarez berada di tengah-tengah kekalutan itu. Dia kemudian ditarik pada kolar bajunya.Dia berpusing dengan marah sebelum dilihat cuba menggigit lengan pemain terbabit.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

SPRM Akan Panggil Semula Ismail Sabri Berkaitan Kes AMLA


Namun, Suarez segera menghentikan tindakannya apabila menyedari lengan itu milik rakan sepasukan Inter Miami, Jordi Alba.

Insiden itu pantas menarik perhatian peminat di media sosial, dengan seorang berkata: ‘Marah tapi mesra’ manakala seorang lagi menyatakan ‘Suarez memang lain macam.’ Seorang pengguna menulis ‘Mekanisme pertahanan diri’ dan seorang lagi menambah “Dia patut jumpa pakar untuk tabiat ni.”

Insiden terbaru itu mengimbau sejarah terkenal Suarez yang beberapa kali menggigit lawan dalam kariernya. Dia pernah menggigit Giorgio Chiellini ketika Uruguay menewaskan Itali dalam Piala Dunia 2014.

Setahun sebelum itu, Suarez menggigit pemain Chelsea, Branislav Ivanovic, semasa bermain untuk Liverpool.

Insiden tersebut menyebabkan dia digantung 10 perlawanan oleh FA, manakala gigitan terhadap Chiellini menyebabkannya digantung sembilan perlawanan antarabangsa dalam tempoh 21 bulan.

Suarez buat hal lagi, nyaris gigit kawan sendiri

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Cubaan Melucut Hak Milik UMNO Ke Atas PWTC Gagal

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker