Jenazah 2 sepupu selamat dikebumikan
Jenazah 2 sepupu selamat dikebumikan

TANGKAK: Jenazah dua sepupu yang maut selepas motosikal dinaiki merempuh belakang lori diparkir di Taman Bandar Baru, Bukit Gambir, di sini selamat dikebumikan malam ini.
Muhammad Farhan Danial Mohd Fauzi, 17, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Panchor, Muar pada jam 10 malam manakala Muhammad Afiq Rusyaidi Abdul Rashid, di Felda Sri Jaya, Felda Seri Jaya Bukit Serampang sejam kemudian.
Suasana pilu menyelubungi pengebumian sebaik kedua-dua jenazah tiba dari Hospital Tangkak selepas selesai menjalani proses bedah siasat yang bermula petang tadi.
Terdahulu, beberapa ahli keluarga termasuk ibu bapa kedua-dua mangsa serta kenalan berkesempatan memberi penghormatan terakhir.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Roslan Mohd Talib berkata, kemalangan berlaku ketika kedua-dua mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kenapa Mahathir Bela Ismail Sabri Dalam Kes RM170 Juta
- Mahathir Tidak Layak Bercakap Tentang Kuasa Politik Melayu
- SPRM Akan Panggil Semula Ismail Sabri Berkaitan Kes AMLA
Beliau berkata, sebaik tiba di lokasi, motosikal jenis Yamaha LC135 yang dinaiki hilang kawalan lalu melanggar belakang lori diparkir di tepi jalan.
“Penunggang (Farhan Danial) dan pembonceng (Afiq Rusyaidi) cedera parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
“Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan 1987.
“Orang ramai mempunyai maklumat berhubung kemalangan ini diminta hadir ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya.
Jenazah 2 sepupu selamat dikebumikan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Benarkah Melayu Sedang Terbangsat Di Bumi Sendiri
- Mungkinkah Lim Guan Eng Akan Terheret Sama Dalam Siasatan Ke Atas MBI Group?
- Berakhirnya Penguasaan Dinasti Lim, Akan Berubahkah DAP?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit
You must be logged in to post a comment.