Salah mungkin ke PSG?
Salah mungkin ke PSG?
LONDON: Bekas bintang tengah Liverpool, Danny Murphy memberi bayangan Mohamed Salah mungkin berhijrah ke Paris Saint-Germain (PSG) musim panas akan datang selepas menuntut gaji tinggi 500,000 pound (RM2.89 juta) seminggu untuk kekal di Anfield.
Masa depan pemain sayap itu menjadi tanda tanya selepas gagal mencapai kata putus bersama Reds untuk memperbaharui kontrak yang berbaki dua tahun, namun Jurgen Klopp berminat mengekalkannya.
Dalam masa sama, Liverpool juga merancang untuk mendapatkan bintang Borussia Dortmund dan sensasi England, Jude Bellingham dengan rekod perpindahan 80 juta pound (RM459 juta).
Bellingham yang baru berusia 18 tahun cemerlang di Bundesliga selepas menyertai Dortmund dari Birmingham, dan dia dijangka kembali ke England tahun hadapan.
Akhbar Britain, Daily Star mendakwa, Klopp berminat mendapatkannya dan mengenal pasti pemain itu sebagai pengganti terbaik kepada Georginio Wijnaldum yang menyertai PSG.
Salah, 29, antara penerima gaji tertinggi di Anfield dengan meraih sekitar 200,000 pound (RM1.15 juta) seminggu dan pernah meraih anugerah Pemain Terbaik Liga Perdana Inggeris.
Murphy percaya, PSG mampu memenuhi permintaannya dan melihat bintang Mesir itu sebagai calon terbaik untuk menggantikan Kylian Mbappe yang akan menjadi ejen bebas tahun hadapan.
“Salah bukan pemain yang akan membuat permintaan luar biasa. Saya sangat terkejut dengan perkara ini.
“Sekiranya Mbappe meninggalkan PSG musim depan, PSG akan menggantikannya dengan pemain yang mampu meledak gol dan tiada orang lebih baik berbanding Salah.
“Sebelum ini dia dikaitkan dengan perpindahan ke Sepanyol (Real Madrid atau Barcelona).
“Kalau cakap mengenai memenuhi impian zaman kanak-kanak dengan beraksi di sana ia pasti berbeza berbanding tamak kerana wang (berpindah ke PSG).
“Dia kelihatan gembira di Anfield dan bersemangat menjaringkan gol. Saya tidak terkejut kalau dia menyambung kontrak bersama Liverpool,” katanya.
Sementara itu, pengendali England, Gareth Southgate pula menyifatkan Bellingham sebagai pemain luar biasa, dikaitkan dengan perpindahan ke Liverpool pasti mengujakan penyokong Reds.
“Jude fenomena. Sejak beberapa hari lalu, dia berlatih untuk mengatasi pemain-pemain utama, dia bukan saja ada teknik tetapi matang. Dia pemain yang menarik,” katanya. Utusan
Salah mungkin ke PSG?
Baca Artikel Menarik :
- Email Justo bakal buktikan Najib tidak bersalah
- Tolonglah KJ, kena bijak buat keputusan, tegur Peja
- Mahathir is against academic freedom – Maszlee
- Perang proksi Azmin dan Anwar makin sengit di NS
- Nourul Depp jalani pembedahan ketumbuhan pada rahim
- ‘Kalau salah, saya lawan’, Najib jawab netizen
- Tumbuk cermin masjid sebelum ditemui mati di rumah sewa
- Dua Beradik Tiri Bergaduh Dengan Orang Awam Di PPV Ditahan [VIDEO]
- Kerani curi duit syarikat RM4 juta ketika bos cuti sakit
- Senyuman manis Nur Dhabitah bikin netizen cuba jual minyak
- Resepi Bubur Pulut Hitam Durian
Layari Laman Facebook MYKMU
Lori sondol Myvi, pemandu Nik ceritakan pengalaman ngeri (video)
You must be logged in to post a comment.