Dua jalan utama di Raub ditutup akibat banjir

Dua jalan utama di Raub ditutup akibat banjir

Dua jalan utama di Raub ditutup akibat banjir
APM Daerah Raub menguruskan pemindahan mangsa banjir di daerah Raub, 16 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di daerah ini pagi ini. Ihsan APM Raub.

Kuantan: Beberapa jalan utama di daerah Raub ditutup untuk semua kenderaan ringan berikutan banjir susulan hujan lebat sejak petang semalam.

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebook berkata, antara jalan ditutup adalah KM 344 hingga KM342 Jalan Kuala Lipis-Kota Bharu (Gali Lurus-Gali Hilir) dan Jalan Cheroh-Gesing (jambatan Gesing).

“Ekoran hujan lebat 6 petang semalam sehingga kini, telah menyebabkan banjir di daerah Raub, dan beberapa jalan utama turut dinaiki air sejak pagi tadi.



“Kawalan lalu lintas dilakukan oleh Trafik IPD Raub. Laluan hanya dibuka kepada kenderaan berat sahaja,” menurut kenyataan itu.

Pahang menjadi negeri terbaharu dilanda banjir apabila 19 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah Raub dan Lipis bagi menempatkan 579 mangsa daripada 185 keluarga setakat 10.15 pagi tadi.

Dua jalan utama di Raub ditutup akibat banjir


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



PPBM Perlis Terus Di Perkotak Katik PAS

 



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker