Kerani rugi RM2.65 juta kena scam
Kerani rugi RM2.65 juta kena scam
JOHOR BAHRU: Bermula dengan pelaburan permulaan RM100,000, seorang kerani kedai emas akhirnya kerugian lebih RM2.65 juta apabila sebenarnya tertipu dengan skim pelaburan yang tidak wujud.
Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar berkata pihaknya menerima laporan itu daripada seorang wanita tempatan berusia 49 tahun semalam yang membabitkan penipuan secara dalam talian.
“Menurut mangsa, pada akhir Ogos lalu, dia melihat iklan pelaburan di laman sosial dan menekan pautan pada iklan itu untuk mendapatkan maklumat lanjut.
“Mangsa kemudiannya dihubungi oleh beberapa individu yang kemudian memberi penerangan atas pelaburan yang dianjurkan dengan pulangan sehingga sembilan peratus daripada jumlah pelaburan.
“Pada pertengahan Oktober lalu, mangsa telah membuat pelaburan awal sebagai percubaan berjumlah RM100,000 dan menerima keuntungan berjumlah RM12,100,” katanya menerusi satu kenyataan media, hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kontroversi Penganugerahan Pembekal 5G Kedua Kepada U Mobile, Pilihan Akhir Tetap Di Tangan Pengguna
- Ini Bukan Lagi Era Mahathir, Duduk Diam Diam Di Rumah Sajalah
Sekali Lagi Gerakan Cuba Jolok Sarang Tebuan
Kumar berkata pulangan yang diterima menyebabkan kerani berkenaan merasa yakin pelaburan itu betul dan boleh menjana keuntungan.
Katanya, mangsa kemudian berhasrat untuk mendapat keuntungan lebih banyak.
Menurutnya, antara Oktober hingga akhir bulan lalu, dia mengikut arahan suspek dengan memasukkan wang berjumlah RM2,656,600 dari akaun bank miliknya dan pasangannya ke beberapa akaun bank yang berlainan.
“Mangsa tidak menerima sebarang pulangan atas pelaburan itu, sebaliknya mangsa diarahkan membuat pelbagai bayaran lain sebelum wang keuntungan dibayar dan wang pokok dikembalikan.
“Arahan itu membuatkan mangsa syak dia ditipu dan seterusnya membuat laporan polis di Batu Pahat, Johor,” katanya.
Kumar berkata kes berkenaan disiasat di bawah kesalahan tipu mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Beliau menasihatkan orang ramai supaya lebih berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan sebarang tawaran pelaburan di media sosial dan secara dalam talian yang menjanjikan keuntungan mudah pada kadar tinggi.
Kerani rugi RM2.65 juta kena scam
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Penggantungan Tajudin Rahman Di Tarik Balik
- Zahid Dedahkan Cubaan Hasut BN Tinggalkan Kerajaan Perpaduan
- Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin PN
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
PPBM Perlis Terus Di Perkotak Katik PAS
You must be logged in to post a comment.