‘Saka’ Arsenal sudah kembali

‘Saka’ Arsenal sudah kembali

'Saka' Arsenal sudah kembali
Tonggak sayap Arsenal Bukayo Saka – Foto Reuters

London: Kecederaan biasanya tidak disambut baik oleh pemain, namun tonggak sayap Arsenal, Bukayo Saka, percaya bahawa tempoh rehat mungkin memberikan kelebihan kepada diri dan kelabnya ketika bersiap sedia menghadapi juara bertahan, Real Madrid, dalam perlawanan suku akhir Liga Juara-Juara, esok.

Saka kini dianggap sebagai pemain yang paling bernilai dalam skuad Mikel Arteta dan walaupun kembalinya daripada kecederaan hamstring yang serius mungkin agak lewat untuk menyelamatkan harapan Arsenal memenangi gelaran Liga Perdana Inggeris namun kejayaan di Eropah tetap menjadi sasaran yang realistik.

“Sudah tentu, pada mulanya sangat sukar bagi saya untuk mengetahui sejauh mana kecederaan saya, bahawa saya perlu menjalani pembedahan, ia sangat sukar untuk saya terima berita itu pada mulanya tetapi selepas pembedahan itu selesai dan berjaya, saya hanya fokus untuk kembali lebih kuat dan saya mempunyai banyak masa.

“Saya rasa secara mental ia sangat baik untuk saya,” kata Saka, pemain berusia 23 tahun yang tidak beraksi lebih tiga bulan selepas mengalami kecederaan sebelum Krismas.

Jika Arsenal mahu mengejutkan Real Madrid, mereka memerlukan Saka berada dalam prestasi terbaik dan dia percaya kecergasan di tahap optimum memberikannya kelebihan berbanding gergasi Sepanyol itu.

“Sepanjang lima tahun lalu saya beraksi berturut-turut, jadi ini adalah rehat yang sebenar yang saya ada.

“Ia sangat baik untuk saya. Saya dapat melakukan banyak perkara yang biasanya saya tidak lakukan. Sangat menyenangkan untuk kembali dan saya rasa segar secara mental,” katanya.

Kepentingan Saka kepada Arsenal jelas kelihatan dengan statistiknya musim ini membabitkan 10 gol dan 14 bantuan gol dalam 26 perlawanan dalam semua aksi, termasuk empat jaringan dalam Liga Juara-Juara.

‘Saka’ Arsenal sudah kembali


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker