Tumbuk pemandu wanita: Seorang anggota tentera ditahan bantu siasatan
Tumbuk pemandu wanita: Seorang anggota tentera ditahan bantu siasatan

SEREMBAN: Seorang anggota tentera ditahan bagi membantu siasatan kes seorang pemandu wanita ditumbuk di Jalan Persiaran Senawang 4, dekat Taipan, di sini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din mengesahkan perkembangan itu dalam satu kenyataan di sini, sebentar tadi.
“Tangkapan dibuat di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Seremban di sini, petang ini dan siasatan masih dijalankan,” katanya.
Terdahulu, insiden kira-kira jam 10.15 malam itu tular di media sosial menunjukan seorang wanita yang memandu kereta ditumbuk seorang lelaki dekat Taipan Senawang di sini.
Kejadian dipercayai akibat lelaki terbabit berang anaknya dilanggar pemandu kereta jenis Perodua Axia berkenaan ketika mengekorinya melintas jalan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Dalam klip video berdurasi 22 saat itu, pemandu wanita terbabit membuka pintu sebelum lelaki yang memakai baju berwarna merah cuba mencederakan pemandunya.
Mengulas lanjut, Mohamad Hatta berkata siasatan awal mendapati kereta jenis Perodua Axia yang dipandu wanita berumur 28 tahun itu dalam perjalanan dari Mydin Senawang menghala ke Senawang.
Katanya, apabila sampai di tempat kejadian, secara tiba-tiba pejalan kaki seorang wanita berumur 34 tahun dan anak perempuannya berumur tujuh tahun dikatakan melintas jalan dari arah sebelah kiri ke sebelah kanan.
“Akibat jarak yang sudah dekat, pemandu kereta tidak sempat mengelak lalu dikatakan melanggar pejalan kaki itu,” katanya.
Mohamad Hatta berkata akibat kemalangan itu, pejalan kaki bersama anak perempuannya cedera ringan dan dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar di sini, untuk mendapatkan rawatan lanjut.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
“Siasatan dijalankan mengikut Kaedah 10, Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959.
“Dalam masa sama, polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 323 dan 427 Kanun Keseksaan terhadap lelaki itu yang dikatakan menggunakan kekerasan jenayah terhadap pemandu kereta.
“Wanita itu dikatakan lebam di bahagian rusuk sebelah kanan dan bengkak di bahagian belakang kepala selain keretanya juga mengalami kerosakan,” katanya.
Mohamad Hatta menasihatkan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian yang boleh mencetuskan ketegangan dan patuh kepada undang-undang.
Katanya, individu yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Khairul Aswad Mazlan di talian 011-10843873 atau boleh terus ke mana- mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
Tumbuk pemandu wanita: Seorang anggota tentera ditahan bantu siasatan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Mungkinkah Lim Guan Eng Akan Terheret Sama Dalam Siasatan Ke Atas MBI Group?
You must be logged in to post a comment.