Final Sri Pahang-JDT dinanti-nantikan

Final Sri Pahang-JDT dinanti-nantikan

Final Sri Pahang-JDT dinanti-nantikan
DATUK Zainal Abidin Hassan. FOTO BERNAMA

Kuala Lumpur: “Bola itu bulat. Kita pernah lihat banyak kejutan terjadi (dalam final Piala Malaysia).”

Demikian pandangan legenda bola sepak negara yang juga bekas pemain Pahang, Datuk Zainal Abidin Hassan menjelang aksi final Piala Malaysia antara Sri Pahang FC dan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada 26 April depan.

Jelas Zainal, kedua-dua pasukan dilihat memiliki kelebihan masing-masing dan berpeluang untuk keluar sebagai juara dalam aksi yang akan dilangsungkan di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) itu nanti.

Beliau berkata, pertembungan itu seolah mengulangi aksi final membabitkan kedua-dua pasukan yang kali terakhir bertemu di perlawanan akhir Piala Malaysia 2014 lalu.

Pada aksi final 11 tahun lalu itu, Pahang menang ke atas JDT menerusi penentuan penalti 5-3 selepas terikat 2-2 dalam 120 minit permainan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Mahathir Tidak Layak Bercakap Tentang Kuasa Politik Melayu


“Bagi saya, ini final yang dinanti-nantikan kedua-dua penyokong. Sri Pahang menyerlah di Piala Malaysia, sementara JDT tetap juara liga yang dominan. Piala Malaysia adalah trofi yang dikejar pemain tempatan dan kedua-dua pasukan pastikan akan memberikan segalanya. Bola itu bulat. Kita pernah lihat banyak kejutan terjadi seperti 2014.

“Jadi JDT pasti akan lebih berhati-hati, sementara Sri Pahang akan bermain tanpa tekanan. Ini adalah peluang mereka untuk bersinar,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Zainal yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan FAM turut gembira dengan kejayaan Melaka FC menjuarai liga semi profesional Liga A1 musim ini.

Final Sri Pahang-JDT dinanti-nantikan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mungkinkah Lim Guan Eng Akan Terheret Sama Dalam Siasatan Ke Atas MBI Group?

 

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker